Jun 15, 2010

Surat Terbuka Untuk David Teoh, KRU dan Dr Rozmey

Sana sini orang dok bercerita pasal Lagenda Budak Setan. Ada yang kata sedih. Ada yang kata best. Ada yang kata tak best. Ada yang kata baik baca novel dia sebab lebih feel. Pakcik tak pegi tengok pon sebab pakcik tak ada tisu. Tambahan pulak pakcik dah janji dengan Bella nak pegi tengok lakonan dia dalam Twillight Eclipse next month.


Spesel buat Lisa Surihati, pakcik mintak maaf kerana tidak pergi menonton. Bukan pakcik tak support filem Melayu, selain itu pakcik sebenarnya sibuk dengan research pakcik untuk mencari rahsia kejayaan filem Hollywood. Macam mana depa boleh kaut billion-billion. Mungkin pakcik juga boleh berkongsi dengan Dr Rozmey yang dok canang sana sini filem "2 Alam" atau dalam bahasa saintifik nya "Amphibian" yang katanya boleh mengaut 20juta. pergh!

Akhirnya pakcik dah menemui jawapan. Research pakcik takdak lah setebal buku 300 muka surat ala ala tesis Host Intrusion Detection System (HIDS) pakcik masa final year kat Unimas dulu. Pakcik dah nicely cilok dan summarize ke dalam satu gambar.

Jawapannya adalah prop. Sila recycle seberapa kali yang mungkin selagi boleh diguna pakai walaupon ia hanyalah sekeping surat khabar. Cuba En. David Teoh bayangkan kena beli paper Utusan Meloya or Hairan Metro setiap kali nk shoot. Dah rugi dua bungkus air sirap tau!

Jadi sila ambik pedoman yer produser produser. Cuma sedekahkan sebungkus air sirap sebagai balasan kepada penemuan pakcik ini...


WTF?!?

Read more...

Jun 11, 2010

$10 Promotion di Threadless.com Sekarang!


Kegilaan pakcik semakin menjadi jadi. T-shirt yang pakcik order sempena flat rate shipping $10 di Threadless.com telah pon sampai pagi tadik. Tak sabar nak pakai baju joker.

Sempena summer yang bakal tiba, Threadless sekali lagi mengadakan promosi $10 untuk semua t-shirt sehingga June 14, 5PM central time. Korang convert sendiri waktu Malaysia lah yer sebab pakcik malas. Tak salah pagi ia bersamaan dengan hari Selasa pagi waktu Malaysia. T-shirt $10 dan flat rate shipping $10 memang berbaloi baloi.


Untuk Flat Rate shipping, pakcik check bungkusan pakcik dihantar ke Malaysia menggunakan DHL dan dihantar oleh abang pos laju ke rumah pakcik. Dan pakcik telah berjaya memokaikan diri dengan mengorder buat kali ke lima dalam jangka masa 3 ke 4 bulan nih. Berapa helai kamu rasa pakcik order kali nih?

Read more...

Jun 3, 2010

Tinggal Satu Kuota Jer Lagi

Yahu!

Esok balik ke kampung pakcik yang terchenta di Alor Setar. Semenjak pindah ke Kelumpo. Memang susah sekali mahu balik ke Alor Setar. Biarpon penat nak drive 5 jam, tapi sebab hati girang pakcik tak kesah.

Berkenaan dengan tajuk entry nih, adik pakcik yang sorang nih dah selamat bernikah last few weeks dengan marka Kelantan. So tinggal adik pakcik yang bongsu jer masih lagi available. Kalau kamu mahu jadi adik ipaq pakcik. Sila chop cepat2. Hehe


Buat kawan kawan yang membaca, dijemput datang Ahad ini ke rumah makan nasi kenduri

Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP