Google Nexus One
Wah..cepat sungguh masa berlalu. Kita dah di alam 2010 dah.
Next week pakcik dah start masuk keja balik selepas bersuka ria cuti selama sebulan. Cuti sememangnya syok selama sebulan. Tapi takdak laptop dengan internet selama sebulan memang parah. Hahahaha Nasib la ada iphone cinonet tu untuk online sket sket baca gossip.
Pakcik try dua kali jer nak update blog nih guna iphone. Langsung tak dak feel main touch screen nih. Harap gempak ajer lebih ada signature "sent by iphone" keluar kat blog. Hahahaha
Pakcik ada manyak menda nak cerita pada kawan kawan dunia atas talian (online) nih. Tapi pelan pelan la kayuh. Pakcik warm up dulu update slow slow sebelum boleh nak boh full throttle.
Ini isi penting a.k.a utama...
Pakcik pegi website nih tadik.
Bagi manusia manusia yang gila gadget, yang stailo, yang duit banyak nak perabih, pasti dah tahu sedikit sebanyak tentang handphone terbaru keluaran Goggle yang diberi nama Google Nexus One. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, pi la usha link kat atas nih. Sungguh interaktif. Tak payah nak load video nak tengok orang display...
Pakcik ada pesanan.
Buat CEO Celcom, Dato' Seri Mohammed Shazalli Ramly. Inilah masanya untuk hampa bid untuk bawak mai phone ni ke Malaysia untuk melawan Maxis yang menjadi solely distributor di Malaysia. Dengan harga USD529 tanpa kontrak yakni lebih kurang MYR1790, pakcik pasti Google phone pasti menjadi pilihan yang lebih murah buat penggemar Blackberry dan iPhone.
Buat masa kini Google Nexus One hanya boleh didapati di Amerika. Pakcik sedang berkira kira untuk mencari 'mangsa' kot kot ada sesapa yang nak fly ke Amerika dalam masa terdekat. Nak jugak kirim menda ni sejibik.
Nota Buku Lali: Amoi HR tetiba mintak no passport pakcik sebelum pakcik masuk kerja Isnin. Adakah pakcik bakal dihantar ke Amerika untuk membeli Google Phone atau sekadar pemeriksaan pakcik bukanlah seorang terrorist. Muahaha
9 memba kita komen:
salam pakcik. teknologi ICT memang berkembang pesat. Tak terkejor kita. Google Nexus one memang mengancam. Harga pun buat kita meleleh air liur.
p/s: kalau screening anti-tererist tu lepas, boleh kasi angkat satu pakcik.
pakcik, dengar citernye phone tu dijual terus dari google. so,pakcik order online je la. cuma phone tu tak support Msia lagi. Singapore dah kut. aku baca kat amanz.my semalam.
daddy,mu kena anta pi uganda tu..
hahaahaha
DrSam,
Memang. Saya hanya mampu kejar teknologi dengan pembacaan saja. nak beli tak la mampu semuanya. hahahaha
MrPenyu,
yes. Boleh beli terus dari google dan ada jugak plan yang direbet oleh Verizon. So itulah opportunities yang patut diambik oleh Celcom dengan merebetkan Google Nexus One supaya mampu dimiliki pakcik. hehehehe
Faryn,
ikut suka hati kamu jer nak cadangkan uganda. cadangkan lah negeri orang puteh. hahaha
aku sokong pakcik penyuk pny komen.. sekian
wau
uish..sampai sebulan cuti..jgn liat2 nak kja
err.. jard tu baca n3 pakcik ke baca komen aku jer.
[sent via google Nexus One]
Koozy a.k.a JohnJenin jugak...
Jard,
Terima kasih atas sokongan anda. Moh selamatkan penyu dari pupus.
MizzyN,
wau jugak.
sharamli,
Biasak la cuti lelama. Lepas geram katanya.
MrPenyu,
Pakcik suspek dia baca komen saja. Hahaha
-sent via 33sekupang. :P
Post a Comment