Kisah dalam train ERL di pagi Isnin
Pagi ni first time pakcik pegi keja naik ERL. Punya la perak..ramai sungguh manusia. Kena pulak pakcik naik tren pukul 7stengah. Berdiri pakcik sepanjang perjalanan sambil dihimpit awek awek kiri kanan :) Sampai dah melekat bau perfume pompuan kat pakcik rasanya. Hahahaha
Memula rasa macam menyesal jugak bila masuk tren tak dapat tempat duduk. Bayangkan dengan mengantuk pastu nak kena berdiri 35 minit pulak sementara nak sampai KL Sentral. Azab wehhh. Ditambah pulak dengan sekumpulan group yang tak berapa remaja tak berapa veteran dok bising membincangkan kisah Kris Dayanti nak kahwen dengan Jutawan Timor Leste. Dah puas bergosip cerita pulak pasal nak pergi bershopping ke Bandung. Dan pakcik mengagak topik perbualan hari isnin mestilah berintipati dan berkaitan dengan Indonesia.
Dalam dok asyik pakcik memasang telinga mendengar perbualan orang, tetiba ada buku jatuh kat kaki pakcik. Dikuti dengan nasi himpit dan bekas berisi kuah kacang dalam satu beg plastik. Serius macam dalam filem. Kalau tak filem pon macam drama poyo 'Kau dan Aku' lakonan Aril, Akim dan Mila kat Astro tuh.
Beginilah lebih kurang cover buku yang jatuh ke kaki pakcik
Pakcik dengan machonya mengutip benda yang disangka buku tetapi rupanya majalah gossip dan terus bagi balik kat awek tuh. Pakcik nampak tali beg plastik yang sarat diisi makanan terputus. Berat agaknya.
Perlahan awek tu mengutip makanan beliau dan pakcik bagi balik majalah.
Sementara tu jugak tren sampai ke KL Sentral. Damn...Kalau lama sket serius pakcik rasa awek tu akan offer nasi himpit tu kat pakcik. Ala..macam dalam filem tuh.. :P
*perak = takjub
6 memba kita komen:
woooowooo..naik erl...
dah lama tak naik..ish ish ish
Paryn,
Mesti kamu mempergunakan transportation balak kamu kan? sebab tulah pengangkutan awam dilupakan. hehehe
fuhyoooo... nyaris2 menggoda aweks..
takda transport sendiri ke pakcik? tak rock la gini.. ehehe
oi oi...
jadah apa pi gheja naik erl? buang tebiat ka apa?
Cik Riben,
awek tu yang nak ngorat pakcik. hehehe
Jard,
Nak rock bukan kena simpan rambut dengan kuku panjang ke? takde kena mengena dengan kereta. hahaha
Tukang Terjun,
Aku menyahut seruan kerajaan untuk memastikan 30% penduduk lembah klang menggunakan perkhidmatan awam menjelang 2012
Post a Comment