My New Workplace
Kurang daripada dua bulan, pakcik berpindah lagi. Jodoh tak panjang. Mungkin sesetengah daripada kamu telah tahu.
Ye pakcik di bangunan Motorola sekarang. Pakcik menjangkakan kerja awal pakcik di bangunan Motorola akan lebih terarah kepada motosikal. Kalau tak dapat design full moto, dapat design tongkat moto pon jadilah. Tetapi rupanya silap, haram tak dak kena mengena dengan motosikal langsung. Cess...
Yang best kerja kat sini adalah suasana dia yang aman damai. Nak jumpa manusia kat luar bangunan memanglah susah. Asyik asyik muka pak guard. Tak muka pak guard, muka pakcik. Sekali sekala pakcik senyum lah jugak dekat pak guard manalah tahu diaorg menggunakan budi bicara untuk tidak meng'clamp' kereta pakcik yang suka suki parking sana sini ala penang style.
Tapi tadi pakcik dapat berita tak best. Pakcik terdengar kat building pakcik kerja sekarang nih ada orang bunuh diri dulu. Adoi.. tak dapat pakcik bayangkan kalau kena kerja sampai waktu malam. Pakcik try la google jugak berita pasal kejadian orang bunuh diri nih, tapi tak dapat info langsung. Yang pakcik jumpa, berita pembuangan pekerja Motorola di Cyberjaya nih. Hahahaha
Kepada sesiapa di luar sana yang tahu kisah sebenar disebalik kes bunuh diri nih. Sila lah maklumkan pakcik. Nanti pakcik belanja minum teh tarik kurang manis satu. Oklah, pakcik balik dulu. Dah 6:30 petang. Baik pakcik gerak before maghrib. Adios Read more...
