Biar Jasa Jadi Kenangan
Rasa macam baru semalam pakcik beramas mesra dengan satu satunya laptop yang pakcik buat macam harta mak bapak pakcik sendiri, tapi sebenarnya kepunyaan kompeni. Lagi seminggu, pakcik akan berpisah dengan lenovo T61 yang setia mengikut pakcik ke sana ke mari.
Terima kasih atas jasa kamu yang membantu pakcik membuat kerja, surf internet, berblogging, bermain game, mengedit gambaq, layan pRawn , layan movie, mendownload segala bentuk jadah dalam internet dan sebagainya. Tidak lupa juga untuk membaca blog kamu kamu semua.
Lebih kurang setahun pakcik menggunakan kamu, tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.
Pakcik doakan kamu akan mendapat tuan baru yakni perempuan cun yang mempunyai jari jari kecil untuk menekan keyboard dgn lebih perlahan tidak seperti pakcik. Moga kamu didakap, dibawa tidur bersama dan dipeluk erat di dada kerna tuan baru takut kehilangan laptop dan terpaksa mengeluarkan wang RM4000 sebagai denda.
Kamu sesungguhnya bertuah kerana abang kamu IBM T42 (ker T41?) tidak mendapat dedicated entry daripada pakcik.
Biar jasa jadi kenangan. Dan kenangan itu hanya kita berdua yang tahu. Pakcik terpaksa menyuruh abang abang kat pc services menformat kamu agar tiada bahan bukti ditinggalkan hasil kenangan kita berdua. Isk Isk Isk :"(
P/S: Pakcik sedang memikirkan haruskah pakcik mempunyai satu laptop sendiri atau meneruskan kerja kedekut menggunakan laptop kompeni secara maksima.