Showing posts with label serius. Show all posts
Showing posts with label serius. Show all posts

Jul 24, 2010

Paparich kantoi

Pakcik nampak sekarang banyak yang menjadi muslim liberal. Soal haram makan minum banyak orang dah tak ambik kisah. 


Pakcik baru terbaca di link ini
http://ondscene.blogspot.com/2010/07/ramai-umat-islam-makan-bangkai-termasuk.html


Dikisahkan Paparich kantoi kerana menggunakan ayam yang tidak disembelih mengikut syarak. Kamu baca lah sendiri dekat blog ondscene tuh. Sekadar peringatan buat mereka yang menjaga makanan yang menjadi darah daging mereka.


Dan serius pakcik sedih bila tiada etika dalam perniagaan. Logo halal pon ditipu mereka. Paling kuat kena notis dan saman. Kalau ikut undang2 pakcik, pakcik revoke lesen perniagaan, denda, dan kasi penjara.


 :(

Read more...

Mar 29, 2010

iPhone Digi Package Leaked?

Pakcik pasti ramai makhluk di Malaysia mengidam memiliki sebuah iPhone. Melihat kepada brochure di bawah, pakcik pasti Maxis akan mempunyai hard time in selling their iPhone to the new customer. Package yang ditawarkan oleh Digi cukuplah murah jika brochure ini benar.


Klik untuk tumbesaran sihat package iPhone



Harga iPhone tanpa kontrak agaknya telah ditetapkan oleh Apple dimana tiada perbezaan membeli tanpa kontrak between Digi or Maxis. Dan so far Digi menawarkan package paling murah RM88 sebulan untuk data dan call. 

So far masih belum ada package untuk pre-paid Digi. Mungkin kena tunggu atau mungkin tak akan ada langsung :P

Cakap banyak pon tak guna. Kita tunggu saja 1 April untuk berita sebenar.



Klik untuk tumbesaran sihat Digi vs Maxis


**Pakcik tunggu iPhone 4G :P

Read more...

Jan 25, 2010

Salam Takziah

Takziah diucapkan buat warga dan kerabat negeri Johor atas pemergian Sultan mereka. Dan Sabtu lepas pakcik tak melepaskan peluang melihat siaran langsung istiadat pengkebumian Sultan Johor yang sedikit sebanyak dipengaruhi adat tentera. Isteri pakcik sampai mengamuk ngamuk dekat pakcik, tapi pakcik kebalkan diri dari segalan leteran dan godaan. hehehe


Sepanjang hidup pakcik, kali pertama pakcik melihat pengkebumian secara langsung di kaca tibi adalah pengkebumian Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Time tu negeri Kedah memang sedih sangat2. Walaupon pakcik baru bersekolah rendah dan agak gembira kerana diisytiharkan hari cuti bagi seluruh negeri Kedah.

Masa tu, banyak lah story yang diceritakan mak pakcik kerana beliau kenal rapat dengan cucu kesayangan Tunku Abdul Rahman dan Rumah Merdeka yang kini menjadi Memorial Tunku Abdul Rahman pernah menjadi tempat permainan pakcik suatu masa dahulu. Nanti2lah pakcik cerita pasal menda tuh.

Yang pakcik nak fokuskan adalah Almarhum Sultan Johor pasti berbangga dengan anak dan cucu baginda yang bertungkus lumus menyempurnakan jenazah beliau. Walaupon kaya, tinggi darjat dan mempunyai barisan tentera mereka sendiri, mereka tidak membiarkan orang lain menguruskan jenazah Almarhum Sultan Johor. Pakcik bangga melihat mereka mengangkat beg berisi tanah dan mengisi setiap ruang lahad. Satu sikap yang patut kita semua contohi. Mungkin sebagai tanda kasih sayang mereka kepada ayah dan nenda mereka yang patut kita semua contohi.

Buat yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah. 

P/S: "Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)

Read more...

Jan 13, 2010

iPhone 3Gs vs Google Nexus One

Pakcik stumble upon this two great videos and though of sharing with all of you. These two videos created by TechnoBuffalo side by side comparison between established iPhone 3GS by Apple and the newly Google phone called Nexus One.


 * Pakcik kalau cakap pasal teknologi selalu feeling omputih sebab susah nak translate dalam bahasa Melayu :P


Amaran buat pengguna internet yang mempunyai speed kura kura. First video agak panjang lebih kurang 18minit. TechnoBufallo compare diaorg punya specs, browser, navigation, speed dan camera. 


Korang layan dulu sebelum pakcik bagi pendapat...






Videos provided by TechnoBuffalo


Pakcik personally suka both phones. Each of them ada keistimewaan yang tersendiri. 5MP camera di Google Nexus One amat menarik compare to iPhone 3gs yang hanya 3MP. Begitu jugak dengan navigation oleh Google Nexus One yang datang dengan voice navigation out of the box compare to iPhone yang kamu kena beli application Navigation System untuk dapatkan voice navigation feature.


Tapi on the other hand, iPhone ada hampir 100 ribu application di apple store compare to Google market yang baru nak berkembang. Pakcik pasti ramai yang akan stick kepada Apple jika mereka bakal menaiktaraf kamera dan GPS system mereka yang khabarkan bakal dikeluarkan antara April dan May untuk memberi saingan kepada Google.


NotaKaki: Pakcik dah pergi maxis center semalam. Punyalah banyak masalah nk claim warranty iphone macam Apple tu maxis yang punya. Sighh... Nantilah pakcik bercerita. Mood penceritaan bergantung kepada jawapan yang bakal diberi Maxis hari ini kepada pakcik. Sekian...

Read more...

My Best Fren Pass Away?

Wah...kemalasan nak updet blog melanda disebabkan tragedi buah apple. yer benar benar tragedi buah apple. Boleh masa dok sedap sedap layah Anugerah Juara Lagu (AJL) final, iphone pakcik tetiba restart sendiri dan terus merajuk. 


Asal turn on jer dapat skrin putih. Asal skrin putih jer pakcik turn off. Cubaan merestore telah pakcik lakukan nak dekat 50 kali adalah. FAIL!!


Pakcik nak pegi serbu Maxis Center kat MidValley lepas keja nih. Katanya bukak sampai 10malam. Nasiblah iphone nih dalam warranty lagik. Jadik pakcik akan demand new replacement daripada maxis dan apple walaupun pakcik dah hilangkan warranty card iphone nih. huhuhu


Dah tiga hari pakcik bersedih sebab kehilangan iphone a.k.a best fren pakcik nih. Cepatnya ko meninggal noks... 



Read more...

Jan 7, 2010

Bantuan. Minta Bantuan. Tak Mintak Duit



Please vote untuk kawan pakcik di contest ini. Tapi kena la ada facebook


http://www.facebook.com/photo.php?pid=3759299&id=189481291750






How to vote?
Step 1 Become a fan of PC Guru Malaysia
Step 2 Click on "like" button to vote


Just that easy, and thanks for your support!

Read more...

Pengumuman

Pakcik dalam proses menukar hakmilik blog ini daripada JohnJenin kepada Koozy atas nasihat pakar Feng Shui pakcik. Semua sila redha dan jangan tanya sebarang soalan.


Pakcik bercadang nak berhijrah ke workspace baru. Dan biarlah Koozy sahaja yang menyambung watak pakcik dalam blog ini.

Sekian.

Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP