Dec 12, 2009

I Love Zee Avi

Entry pakcik kali ini dedicated khas untuk gerek sarawak yang baru baru ini dinobatakan album ke 9 terbaik atau lebih glamour dibaca sebagai "The AP ranks top 10 albums of the year"

Pakcik sebelum ini tak adalah ambik port sangat pasai Zee Avi nih. Cuma pakcik suka lagu kantoi yang memang sempoi. Tapi bila pakcik dah dengar whole album beliau dalam ipod pakcik, memang sedap habis walaupon pakcik pakai earphone cap ayam jer.



Buat yang tak tahu, bakat Zee Avi di discover melalui Youtube. So kalau kamu berasa suara kamu sedap dari dia, upload lah ke internet. Kalau tak sedap, uploadlah jugak sebab pakcik masih belum menjumpai pengganti William Hung.

Zee Avi jugak pakcik rasa satu satunya local artis yang lagunya dijual melalui iTunes store. Her first song - Bitter Heart was featured on Youtube front page on the day of her album's release. Kalau kamu tak percaya, head in HERE and see the review of her album. Pasti kembang lubang hidung Zee Avi membacanya.



Tahniah Zee Avi. Suara kamu sungguh delicious. Bila pakcik dengar rasa macam nak makan. Hahahaha Siti Nurhaliza pon tak powderful macam you. You rock girl!

*gerek = awek = kekasih

Read more...

Dec 10, 2009

Biar Jasa Jadi Kenangan

Rasa macam baru semalam pakcik beramas mesra dengan satu satunya laptop yang pakcik buat macam harta mak bapak pakcik sendiri, tapi sebenarnya kepunyaan kompeni. Lagi seminggu, pakcik akan berpisah dengan lenovo T61 yang setia mengikut pakcik ke sana ke mari.

Terima kasih atas jasa kamu yang membantu pakcik membuat kerja, surf internet, berblogging, bermain game, mengedit gambaq, layan pRawn , layan movie, mendownload segala bentuk jadah dalam internet dan sebagainya. Tidak lupa juga untuk membaca blog kamu kamu semua.


Lebih kurang setahun pakcik menggunakan kamu, tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Pakcik doakan kamu akan mendapat tuan baru yakni perempuan cun yang mempunyai jari jari kecil untuk menekan keyboard dgn lebih perlahan tidak seperti pakcik. Moga kamu didakap, dibawa tidur bersama dan dipeluk erat di dada kerna tuan baru takut kehilangan laptop dan terpaksa mengeluarkan wang RM4000 sebagai denda.

Kamu sesungguhnya bertuah kerana abang kamu IBM T42 (ker T41?) tidak mendapat dedicated entry daripada pakcik.

Biar jasa jadi kenangan. Dan kenangan itu hanya kita berdua yang tahu. Pakcik terpaksa menyuruh abang abang kat pc services menformat kamu agar tiada bahan bukti ditinggalkan hasil kenangan kita berdua. Isk Isk Isk :"(


P/S: Pakcik sedang memikirkan haruskah pakcik mempunyai satu laptop sendiri atau meneruskan kerja kedekut menggunakan laptop kompeni secara maksima.

Read more...

Dec 9, 2009

Google Goggles

Semenjak menjadi pengguna tegar iphone semenjak 2nd generation, pakcik memang sangat berpuas hati. Nothing to complaint kata orang putih. Tapi selepas tengok video Google Goggles yang khas untuk Android phone. Pakcik amatlah jeles.

Ntah makhluk dari dunia mana engineer2 google nih. Macam macam informasi yang kita boleh dapat dari sekeping gambaq. Korang layan lah video kat bawah nih tentang kehebatan Google Goggles sementara pakcik bermeditasi untuk memikirkan perlukah pakcik memiliki android phone.

Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP