Mar 29, 2010

iPhone Digi Package Leaked?

Pakcik pasti ramai makhluk di Malaysia mengidam memiliki sebuah iPhone. Melihat kepada brochure di bawah, pakcik pasti Maxis akan mempunyai hard time in selling their iPhone to the new customer. Package yang ditawarkan oleh Digi cukuplah murah jika brochure ini benar.


Klik untuk tumbesaran sihat package iPhone



Harga iPhone tanpa kontrak agaknya telah ditetapkan oleh Apple dimana tiada perbezaan membeli tanpa kontrak between Digi or Maxis. Dan so far Digi menawarkan package paling murah RM88 sebulan untuk data dan call. 

So far masih belum ada package untuk pre-paid Digi. Mungkin kena tunggu atau mungkin tak akan ada langsung :P

Cakap banyak pon tak guna. Kita tunggu saja 1 April untuk berita sebenar.



Klik untuk tumbesaran sihat Digi vs Maxis


**Pakcik tunggu iPhone 4G :P

Read more...

Mar 18, 2010

Kenali Musuh Anda

Boleh tak kamu bayangkan pekerja Intel menggunakan AMD based laptop sebagai diaorg punya workstation? HP employee menggunakan Dell server untuk diaorang punya data center dan pak guard Coca Cola meminum air Pepsi di office. Pelik kan?


But this is happen for real in Microsoft where one of their employee caught using iPhone to take their CEO picture, Encik Steve Ballmer. Hahaha Apa punya lawak nih. Pakcik terbaca dekat The Wall Street Journal tadik (fuiyohhhh!).

The perils of being an iPhone user at Microsoft were on display last September. At an all- company meeting in a Seattle sports stadium, one hapless employee used his iPhone to snap photos of Microsoft Chief Executive Steve Ballmer. Mr. Ballmer snatched the iPhone out of the employee's hands, placed it on the ground and pretended to stomp on it in front of thousands of Microsoft workers, according to people present. Mr. Ballmer uses phones from different manufacturers that run on Microsoft's mobile phone software


Memang tak patut sebab Microsoft tengah gigih nak release Windows 7 phone based OS untuk bersaing dengan iPhone dan Android. Dan khabarnya lebih 10% of Microsoft employees menggunakan iPhone untuk membaca email ofis mereka. Hahahaha


Nasihat untuk diri sendiri, kenali siapakah rival untuk kompeni kamu walaupon iPhone tu memang best giler babeng daripada Windows 7 Phone yang tak boleh copy paster ittew. Hahahaha

Read more...

Mar 17, 2010

Hidup mesti berkawan



Di tempat kerja baru, perkara yang penting adalah untuk mempunyai kawan. Dan pakcik berusaha dengan secara bersungguh sungguh untuk mempunyai ramai kawan. Tidak perlu memakai skirt pendek. Tidak perlu memakai purdah. Tak perlu berketayap bersongkok. Tidak perlu memakai topi cowboy. Asalkan mahu berkawan sudah. At least kalau pakcik terserempak benda bukan bukan berdasarkan kisah ini, pakcik ada kawan untuk diminta tolong.


Marilah kita sediakan kawan sebelum terjumpa hantu.


Diatas dasar membina persahabatan, pakcik dengan rela hati membantu membungkus makanan buat seorang awek Punjabi dan awek India walaupon menapau makanan bukanlah hobi dan kegemaran pakcik. Semuanya sebab kawan. Hari ini pakcik tapaukan makanan untuk mereka, mana satu hari mereka pula menjemput pakcik untuk makan tengahari bersama mereka.


* Milo Dinosour - Sekadar Gambar Hiasan


Dan pergilah pakcik ke kedai makanan terbaik di daerah Dengkil mencari nasi goreng udang dan nasi goreng kampong permintaan mereka. Sebelum pakcik tapau, pakcik pekena tom yam campur terbaek + telur dadar + nasi putih + Nescafe o ais. Mantop! Lepas bayar apa semua, pulanglah pakcik ke ofis dengan harapan usaha gigih pakcik mengembirakan kawan kawan baru pakcik.


Tapi sayang seribu kali sayang, makanan dibeli tertinggal di kaunter. Last last pakcik terpaksa kuar duit poket bayar ganti rugi. Adei…

Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP