Mar 9, 2010

My New Workplace




Kurang daripada dua bulan, pakcik berpindah lagi. Jodoh tak panjang. Mungkin sesetengah daripada kamu telah tahu.

Ye pakcik di bangunan Motorola sekarang. Pakcik menjangkakan kerja awal pakcik di bangunan Motorola akan lebih terarah kepada motosikal. Kalau tak dapat design full moto, dapat design tongkat moto pon jadilah. Tetapi rupanya silap, haram tak dak kena mengena dengan motosikal langsung. Cess...

Yang best kerja kat sini adalah suasana dia yang aman damai. Nak jumpa manusia kat luar bangunan memanglah susah. Asyik asyik muka pak guard. Tak muka pak guard, muka pakcik. Sekali sekala pakcik senyum lah jugak dekat pak guard manalah tahu diaorg menggunakan budi bicara untuk tidak meng'clamp' kereta pakcik yang suka suki parking sana sini ala penang style.

Tapi tadi pakcik dapat berita tak best. Pakcik terdengar kat building pakcik kerja sekarang nih ada orang bunuh diri dulu. Adoi.. tak dapat pakcik bayangkan kalau kena kerja sampai waktu malam. Pakcik try la google jugak berita pasal kejadian orang bunuh diri nih, tapi tak dapat info langsung. Yang pakcik jumpa, berita pembuangan pekerja Motorola di Cyberjaya nih. Hahahaha

Kepada sesiapa di luar sana yang tahu kisah sebenar disebalik kes bunuh diri nih. Sila lah maklumkan pakcik. Nanti pakcik belanja minum teh tarik kurang manis satu. Oklah, pakcik balik dulu. Dah 6:30 petang. Baik pakcik gerak before maghrib. Adios
Posted by Picasa

10 memba kita komen:

FARYN March 9, 2010 at 3:15 AM  

daddy,mmg betul pun..masa aku study sana dulu,kecoh ok pasal hal ni...

hahaha...ada hantu ok...

Gotbloggers March 9, 2010 at 3:33 AM  

Semangat yah sob dimana pun anda. Semoga selalui disertai dengan kebaikan.

Salam kenal tuk yang pertama nih ^^

dila john March 9, 2010 at 4:19 AM  

kena cari kat mana lokasi dia bunuh diri

Anonymous,  March 9, 2010 at 5:15 AM  

laa. pakcik ada rasa takut2 ke dengan cter irang bunuh diri? hikhikk

Naddy March 9, 2010 at 5:20 AM  

jangan risau pakcik, manusia mati kena soal siasat dalam kubur bukan hantu.

DrSam March 9, 2010 at 6:01 AM  

mungkin kat tempat mainan baru ni pak cik boleh helo helo dimensi yang tak dapat dilihat tu guna moto RAZR ke...RIZR ke..

*SiRibenMerah March 9, 2010 at 9:19 AM  

perghhh..
tahniah~
slamat jumpe hantu..
pasneh leh buat citer seram...

sharamli March 9, 2010 at 9:34 AM  

ada hantu?
hati-hati pakcik erk

JohnJenin March 9, 2010 at 9:18 PM  

Paryn,
Kamu serius atau cuba menimbulkan ketakutan?

GotBloggers,
OK. Semangat. Salam kenal jugak.

Dila John,
Lokasi kejadian dikatakan di tingkat 1. Sama level dengan opis pakcik. Adeh..

Mira,
Ngeri jugak. Budak pompuan lagi ngeri. Muka diaorg pon dah macam hantu bila dengar berita nih. Hahaha

MizzyN,
Tak risau. Cuma gerun sket. hehehe

DrSam,
Kalau benar apa DrSam katakan. Patutlah motorola RAZR tak laku. hahaha

SiRibenMerah,
Nanti pakcik jadi macam Tamar Jalis. Siri bercakap dengan hantu. huhuhu

sharamli,
Nasihat diterima. Berhati-hatilah jugak di jalan raya.

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP