Rempit V3: Samseng Jalanan Terbaek!
Semalam tak de keja. Pakcik telah melabur MYR11 untuk menonton Rempit V3: Samseng Jalanan di show pertama jam 12:15 tengah hari di GSC. Boleh tahan ramai. Sedikit sebanyak mengimbau kenangan kenangan zaman pakcik merempit dahulu.
Lebih lebih lagi Farid Kamil menggunakan Alor Setar sebagai sebahagian daripada lokasi penggambaran. Bangga cek!
V3: Samseng Jalanan lebih kepada filem aksi berbanding filem KL Menjerit dan Remp-It yang banyak bab cintan cintun tapi tetap among my favourite local movies. Pakcik puji lah arahan filem sulung Farid Kamil nih. Scene accident depan masjid Zahir mat rempit dilanggar lori memang ganas gile. Masih terbayang dalam kepala otak pakcik is perut dan otak yang terburai. Memang reeeaal!
Tapi scene lari roadblock sedikit kurang mantop. Di dunia nyata, jangan haraplah nak u turn depan polis mcm tuh. Pakcik gerenti batang kayu tak pon kon jalan raya bakal di'tenggalong' / dilempaq / dilontaq oleh abang abang trafik kita.
Permulaan cerita dipenuhi aksi langgar melanggar, jatuh menjatuh dan guling menguling. Lepas setengah jalan,banyak kepada aksi pertarungan / bertumbuk / bertendang di antara Garing dan Rudy.
Jalan cerita bagi pakcik ok. Tapi agak kurang relavan bila Garing bersungguh nak ajak Rudy race yang kononnya menjadi tontonan seluruh dunia melalui internet. Padahal takde lah glamour mana Rudy masa tu. Cuma budak kampung (Taman Nuri) yang melarikan diri ke KL dengan memba dia. Pakcik rasa, cerita ini patut diolah dengan memaparkan kehebatan Rudy yang sampai satu tahap menjadi idola mat rempit dan di target oleh Garing untuk berlumba dengan dia. Pendapat pakcik lah.
Pakcik malas lah nak cerita spoiler banyak banyak. Hampa pi layan dulu kat panggung. Rugi sapa tak pi tengok. Akasha slamber jer tarik spenda pompuan bagi Farid Kamil cium. Memang A lah!
* Tahniah jugak buat geng DKMC (Dato' Kumbar Motor Club) yang naik nama dalam filem Rempit V3. Ikhlas daripada Ah Heng Jitra, Lan Jalan Kuala, dan Ravi Aloq Setaq. Habis 1Malaysia geng rempit dulu2. Hahahaha
6 memba kita komen:
hahaha~
aku nak tgk Alice~
uhuks~
pakcik penyokong filem local.
magika > alice in wonderland. hahaha
best erk?
malas sungguh dengan cter2 rempat ni. hee.
hari tu ada pi tgk pratonton evolusi kl drift 2...mcm hampeh. separuh jalan saya dah blah. nasib free...
nasihat: sila jgn tgk...buang duit je.
tak sabaq nk tggu crita magika..
heeeee!
Post a Comment