Mar 17, 2010

Hidup mesti berkawan



Di tempat kerja baru, perkara yang penting adalah untuk mempunyai kawan. Dan pakcik berusaha dengan secara bersungguh sungguh untuk mempunyai ramai kawan. Tidak perlu memakai skirt pendek. Tidak perlu memakai purdah. Tak perlu berketayap bersongkok. Tidak perlu memakai topi cowboy. Asalkan mahu berkawan sudah. At least kalau pakcik terserempak benda bukan bukan berdasarkan kisah ini, pakcik ada kawan untuk diminta tolong.


Marilah kita sediakan kawan sebelum terjumpa hantu.


Diatas dasar membina persahabatan, pakcik dengan rela hati membantu membungkus makanan buat seorang awek Punjabi dan awek India walaupon menapau makanan bukanlah hobi dan kegemaran pakcik. Semuanya sebab kawan. Hari ini pakcik tapaukan makanan untuk mereka, mana satu hari mereka pula menjemput pakcik untuk makan tengahari bersama mereka.


* Milo Dinosour - Sekadar Gambar Hiasan


Dan pergilah pakcik ke kedai makanan terbaik di daerah Dengkil mencari nasi goreng udang dan nasi goreng kampong permintaan mereka. Sebelum pakcik tapau, pakcik pekena tom yam campur terbaek + telur dadar + nasi putih + Nescafe o ais. Mantop! Lepas bayar apa semua, pulanglah pakcik ke ofis dengan harapan usaha gigih pakcik mengembirakan kawan kawan baru pakcik.


Tapi sayang seribu kali sayang, makanan dibeli tertinggal di kaunter. Last last pakcik terpaksa kuar duit poket bayar ganti rugi. Adei…

13 memba kita komen:

NomborSebelas March 17, 2010 at 11:11 PM  

hehehe..macam mano ni pakcik..buleh pulak tertinggal dikauter,,adehhh

JohnJenin March 18, 2010 at 12:15 AM  

sebelas,
itu mungkin petanda pakcik tak pernah tapau makanan untuk orang. hehehe

DrSam March 18, 2010 at 1:24 AM  

apo nak dikato pakcik. kalau dah dapat title pak cik tu, nyanyuk lambat laun menjeguk juga :)

p/s: kalau lalu Kota Damansara tu,helo-helo le kita pakcik ya, boleh kita berkawan di kedai kopi.

JohnJenin March 18, 2010 at 2:22 AM  

Zara,
Nothing. Just berletiaq di siang hari.

DrSam,
i wish i can meet you in person. :)

dila john March 18, 2010 at 7:21 AM  

saje la tu nak buat amal lebih
=)

Tukang Terjun March 18, 2010 at 7:00 PM  

tomyam? dengkil?? confirm kedai malee tomyam nih

JohnJenin March 18, 2010 at 7:41 PM  

dila john,
hehe amal tak tersengaja.

tukang terjun,
ang memang tera. mana ang tau? ang pasang spy kaa apa?

Naddy March 18, 2010 at 9:47 PM  

kecuaian itu memang mahal harganya kan.

*SiRibenMerah March 18, 2010 at 10:47 PM  

hahaha.. kalo saya la kan.. mesti da terdehak duk tunggu pacik bawak makanan yg dipesan tuh.. tgk2 x dak.. lagi la frust.. pasneh tulis dlm pda.. baru la x lupa..

p/s: mesti depa serik da nk pesan kat pacik.. hahaha..

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP