Nov 16, 2009

Kasut Bola Lagenda Untuk Dijual


(Klik untuk gambaq lebih terang)

Kasut ini adalah milik seorang lagenda bolasepak yang bercita cita tinggi untuk menjadi pengganti Eric Cantona. Kasut ini masih elok paras rupanya walaupon kelihatan sedikit kesan calar-calar. Kesan calar tersebut adalah bukti kepada larian pantas yang dimiliki oleh pemilik kasut di atas.

Kasut ini telah dibasuh menggunakan washing machine minggu lepas, dan kini telah kering sepenuhnya dan bersedia untuk dijual memandangkan tuan nya sudah lebih setahun tidak bermain bolasepak.

Kompeni kasut ini merupakan penaja pasukan bolasepak England, dan pastinya pemakai kasut ini memiliki skill permainan paling tidak seperti Michael Owen.

Memandangkan pemilik kasut ini sedang berasa baik hati. Harga permulaan kasut ini adalah sebanyak 200 Euro dan bisa menjadi milik kamu dengan bayaran ansuran sebanyak 50 Euro sebanyak 3 kali. Harga ini adalah harga tawaran termurah untuk tahun 2009 dan ia mungkin meningkat lebih tinggi pada tahun 2010 memandangkan ia adalah kasut klasik.

P/S: Cepat cepat sebelum kasut ini terlepas ke tangan orang lain. Pembeli terpantas ingin pakcik hadiahkan sepasang stokin milik Universiti Malaysia Sarawak yang pakcik ambil khas daripada negeri Bumi Kenyalang.

Read more...

Nov 15, 2009

Terima Kasih Nyana Ayla

Semenjak tiga purnama pakcik tidak menulis, Nyana Ayla telah melakukan kebaikan dengan hati yang tulus dan suci untuk menjadi followers yang ke 71. Begitu lama angka 70 itu bertahan dan akhirnya ada orang yang berjaya membuktikan formula n + 1 = 71.

Pakcik terasa sungguh dihargai.

Jika trend ini berterusan sepertimana stock kompeni pakcik, mudah-mudahan pakcik akan ada followers yang ke 100 menjelang tahun 2017. Masih belum terlambat untuk pakcik menjayakan wawasan 2020.

Muchas Gracias...

Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP