Kasut Bola Lagenda Untuk Dijual
(Klik untuk gambaq lebih terang)
Kasut ini adalah milik seorang lagenda bolasepak yang bercita cita tinggi untuk menjadi pengganti Eric Cantona. Kasut ini masih elok paras rupanya walaupon kelihatan sedikit kesan calar-calar. Kesan calar tersebut adalah bukti kepada larian pantas yang dimiliki oleh pemilik kasut di atas.Kasut ini telah dibasuh menggunakan washing machine minggu lepas, dan kini telah kering sepenuhnya dan bersedia untuk dijual memandangkan tuan nya sudah lebih setahun tidak bermain bolasepak.
Kompeni kasut ini merupakan penaja pasukan bolasepak England, dan pastinya pemakai kasut ini memiliki skill permainan paling tidak seperti Michael Owen.
Memandangkan pemilik kasut ini sedang berasa baik hati. Harga permulaan kasut ini adalah sebanyak 200 Euro dan bisa menjadi milik kamu dengan bayaran ansuran sebanyak 50 Euro sebanyak 3 kali. Harga ini adalah harga tawaran termurah untuk tahun 2009 dan ia mungkin meningkat lebih tinggi pada tahun 2010 memandangkan ia adalah kasut klasik.
P/S: Cepat cepat sebelum kasut ini terlepas ke tangan orang lain. Pembeli terpantas ingin pakcik hadiahkan sepasang stokin milik Universiti Malaysia Sarawak yang pakcik ambil khas daripada negeri Bumi Kenyalang.
9 memba kita komen:
pakai kasut ni sambil blogging bleh meningkatkan skill menaip tak?? hihi..
boleh. tapi kena pakai kat tangan. hahaha
hehe..... bole wat koleksi je la..
Jard,
Kamu nak beli wat koleksi? Lagi 10 tahun boleh meningkat 10 kali ganda..
bgtau la saiz pck...takan nak beli letak frame pulak klau x muat...
out of my mind,
kasut ni kasut kulit oink oink. dia mengembang dan menguncup mengikut saiz kaki pemakai...
buat pelaburan ye pakcik
kalo ceq pkai kasut ni pi jalan2 segak taktau?
saya x g main bola pacik.. huhuhuhu~
keciwa!!
Post a Comment