Nov 16, 2009

Kasut Bola Lagenda Untuk Dijual


(Klik untuk gambaq lebih terang)

Kasut ini adalah milik seorang lagenda bolasepak yang bercita cita tinggi untuk menjadi pengganti Eric Cantona. Kasut ini masih elok paras rupanya walaupon kelihatan sedikit kesan calar-calar. Kesan calar tersebut adalah bukti kepada larian pantas yang dimiliki oleh pemilik kasut di atas.

Kasut ini telah dibasuh menggunakan washing machine minggu lepas, dan kini telah kering sepenuhnya dan bersedia untuk dijual memandangkan tuan nya sudah lebih setahun tidak bermain bolasepak.

Kompeni kasut ini merupakan penaja pasukan bolasepak England, dan pastinya pemakai kasut ini memiliki skill permainan paling tidak seperti Michael Owen.

Memandangkan pemilik kasut ini sedang berasa baik hati. Harga permulaan kasut ini adalah sebanyak 200 Euro dan bisa menjadi milik kamu dengan bayaran ansuran sebanyak 50 Euro sebanyak 3 kali. Harga ini adalah harga tawaran termurah untuk tahun 2009 dan ia mungkin meningkat lebih tinggi pada tahun 2010 memandangkan ia adalah kasut klasik.

P/S: Cepat cepat sebelum kasut ini terlepas ke tangan orang lain. Pembeli terpantas ingin pakcik hadiahkan sepasang stokin milik Universiti Malaysia Sarawak yang pakcik ambil khas daripada negeri Bumi Kenyalang.

Read more...

Nov 15, 2009

Terima Kasih Nyana Ayla

Semenjak tiga purnama pakcik tidak menulis, Nyana Ayla telah melakukan kebaikan dengan hati yang tulus dan suci untuk menjadi followers yang ke 71. Begitu lama angka 70 itu bertahan dan akhirnya ada orang yang berjaya membuktikan formula n + 1 = 71.

Pakcik terasa sungguh dihargai.

Jika trend ini berterusan sepertimana stock kompeni pakcik, mudah-mudahan pakcik akan ada followers yang ke 100 menjelang tahun 2017. Masih belum terlambat untuk pakcik menjayakan wawasan 2020.

Muchas Gracias...

Read more...

Aug 9, 2009

Rahsia Kek Perkahwinan

Ramai orang tak perasan bila bertandang ke majlis perkahwinan, kek perkahwinan sebenarnya melambangkan peribadi si pengantin. Ini terbukti pada ujikaji yang pakcik lakukan terhadap kek perkahwinan seorang marka kat opis pakcik nih yang baru sahaja berkahwin minggu lepaih.

Lihat dulu gambar kek kahwin beliau sebelum pakcik membuat rumusan.


Apa yang dapat kamu bayangkan dalam kepala otak kamu tentang si pengantin perempuan dengan hanya melihat kek perkahwinan beliau?

Cuba lihat berapa tingkat kek tersebut? Ada 7 tingkat semuanya

Jadi ia jelas menyatakan si pengantin perempuan menggunakan konsep 'OSI 7 Layers' dalam menjelmakan sentuhan unik kek perkahwinan beliau. Bagi kamu kamu yang tak paham apa itu OSI 7 layers, tak dapat la pakcik nak tolong sexplainkan. Bebudak IT kalau kamu tak tahu apa itu OSI 7 layers, sila hempuk kepala kamu ke skrin komputer kamu.

Kek ini akan lebih menarik jika setiap tingkat atau layer dilabelkan seperti mana di bawah... Pakcik suspek mungkin si pengantin perempuan tak hafal kot model OSI 7 layers. Hik hik hik


Buat kawan kawan pakcik yang masih single mingle yang semakin lanjut usia, pakcik mencadangkan kek seperti dibawah untuk melambang tahap pencapaian kamu.

Gunakan kek ini jika kamu memiliki CCNA Voice.


Dan gunakan kek ini jika kamu memiliki CCVP :P





p/s: Please Do Not Touch Steven Pets Alligator

*marka = awek
*CCNA Voice = Cisco Certified Network Administrator Voice
*CCVP = Cisco Certified Voice Professional

Read more...

Aug 6, 2009

Pakcik Day Care

Pakcik sekarang adalah seorang abah yang berjaya. Dan kini pakcik bercita cita untuk membuka pusat penjagaan seperti filem 'Daddy Day Care'.

Pakcik akan pastikan teknik senaman dibawah di aplikasikan di pusat penjagaan pakcik kelak. Pakcik wajibkan kamu semua untuk enroll anak anak kamu ke pusat penjagaaan pakcik.

Read more...

H1N1 (H Wang N Wang)

Klik kat gambaq kalau nak puas baca.

Pakcik masih menunggu topeng jerubu dgn H1N1 percuma daripada kompeni pakcik. Apa tak sayang pekerja kaa?

Read more...

Jul 26, 2009

When Puravidakoo Gone

I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you

We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I'd do, I'd give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah

Pakcik rindu nak menulis. Dah terketaq ketaq tangan pakcik menahan nafsu gelora jiwa pakcik daripada menekan keyboard.

Pakcik dah menemui salah satu punca daripada masalah berat badan pakcik. Grrrr

Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP