Rahsia Kek Perkahwinan
Ramai orang tak perasan bila bertandang ke majlis perkahwinan, kek perkahwinan sebenarnya melambangkan peribadi si pengantin. Ini terbukti pada ujikaji yang pakcik lakukan terhadap kek perkahwinan seorang marka kat opis pakcik nih yang baru sahaja berkahwin minggu lepaih.
Lihat dulu gambar kek kahwin beliau sebelum pakcik membuat rumusan.
Apa yang dapat kamu bayangkan dalam kepala otak kamu tentang si pengantin perempuan dengan hanya melihat kek perkahwinan beliau?
Cuba lihat berapa tingkat kek tersebut? Ada 7 tingkat semuanya
Jadi ia jelas menyatakan si pengantin perempuan menggunakan konsep 'OSI 7 Layers' dalam menjelmakan sentuhan unik kek perkahwinan beliau. Bagi kamu kamu yang tak paham apa itu OSI 7 layers, tak dapat la pakcik nak tolong sexplainkan. Bebudak IT kalau kamu tak tahu apa itu OSI 7 layers, sila hempuk kepala kamu ke skrin komputer kamu.
Kek ini akan lebih menarik jika setiap tingkat atau layer dilabelkan seperti mana di bawah... Pakcik suspek mungkin si pengantin perempuan tak hafal kot model OSI 7 layers. Hik hik hik
Buat kawan kawan pakcik yang masih single mingle yang semakin lanjut usia, pakcik mencadangkan kek seperti dibawah untuk melambang tahap pencapaian kamu.
Gunakan kek ini jika kamu memiliki CCNA Voice.
Dan gunakan kek ini jika kamu memiliki CCVP :P
p/s: Please Do Not Touch Steven Pets Alligator
*marka = awek
*CCNA Voice = Cisco Certified Network Administrator Voice
*CCVP = Cisco Certified Voice Professional