Jul 28, 2010

Bakat Semulajadi

Pakcik gelak terkekek tengok video nih. Jadi rasa nak kongsi dengan kamu semua. Video ini pakcik perolehi di facebook kartunis disukai ramai, ujang. Korang pegilah add dia supaya dia rasa glamour.

Pakcik membesar (sehingga sebesar tong) dengan karya2 ujang. Daripada beliau mula berkarya di gila-gila dengan naskah Aku Budak Minang, hinggalah ke majalah beliau sendiri, Ujang. Pakcik mula berhenti membeli majalah Ujang setelah beliau dikelepet (ditipu). Dan semenjak itu pakcik rasakan majalah humor dah tak berapa nak laku di Malaysia walaupon pakcik cuba untuk mengikuti majalah Gempak dan G3.

Korang nak tahu kisah sedih ujang dikelepet. Korang google lah sendiri. Pakcik malas nk buat karangan :P

Korang play dulu layan video nih sebelum membaca rumusan pakcik tentang gelagat suci kanak kanak di bawah.




  1. Drummer dia best. Sambil ketuk ketuk gula gula jatuh. Selamba ambil masuk letak balik.
  2. Vokalis feel abis. Tangan diketuk drummer masa tengah menyanyi tidak menganggu pitch dan konsetrasi beliau
  3. Vokalis sempat melambai tangan ke arah peminat (mungkin kawan) masa tengah menyanyi.
Memang best! terbaek!

Read more...

Jul 24, 2010

Paparich kantoi

Pakcik nampak sekarang banyak yang menjadi muslim liberal. Soal haram makan minum banyak orang dah tak ambik kisah. 


Pakcik baru terbaca di link ini
http://ondscene.blogspot.com/2010/07/ramai-umat-islam-makan-bangkai-termasuk.html


Dikisahkan Paparich kantoi kerana menggunakan ayam yang tidak disembelih mengikut syarak. Kamu baca lah sendiri dekat blog ondscene tuh. Sekadar peringatan buat mereka yang menjaga makanan yang menjadi darah daging mereka.


Dan serius pakcik sedih bila tiada etika dalam perniagaan. Logo halal pon ditipu mereka. Paling kuat kena notis dan saman. Kalau ikut undang2 pakcik, pakcik revoke lesen perniagaan, denda, dan kasi penjara.


 :(

Read more...

Jul 21, 2010

Pilihlah Font Kamu

Sebulan tak hapdep. Padan muka takdak orang masuk blog pakcik dah.

Alasan standard. Sibok dengan World Cup. Pasukan kegemaran pakcik Holland a.k.a Belanda a.k.a Netherlands berjaya mendapat tempat kedua. Jadilah... Sebab Wesley Sneijder tahu pakcik akan takbur dengan kawan kawan pakcik kalau depa juara. :(

Pakcik dah boleh terima kenyataan sekarang. Jadi pakcik cuba untuk menulis kembali.

Pakcik nak bercerita tentang tabiat pakcik di ofis yakni pakcik kalau nk tulis email, mesti perlu ada font yang best. Memandang dah lama pakcik menggunakan font seperti di bawah semasa di kompeni lama, pakcik rasakan pakcik perlu meneruskan kesinambungan dengan mengekalkan font yang sama. So pakcik search dan pakcik jumpa font ni yang free. So pakcik installah. Sekarang rasa bersemangat sikit nk tulis email. Heee...


Dan kamu semua percaya tak font amat penting bila kamu dah berkerjaya. Ia macam lambang peribadi, kegagahan dan kemachoan kamu. Tak percaya? Jangan jadi seperti situasi di bawah....Apa barang font Comic Sans hahahaha...



Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP