May 27, 2010

Seronoknya Shopping Online di Threadless.com

Semenjak tiga bulan lepas, dah empat kali pakcik order tshirt online. Pakcik sekrang obsess dengan website nih. Tiap tiap minggu dia hantar promotional email kat pakcik dengan harapan pakcik teracun dengan design mereka yang cun cun.

Pertemuan pakcik dengan threadless.com memang tidak disengajakan. Memula layan design dia yang cantek-cantek, tapi tak berani nak beli lagi sebab berasa mahal. Just simpan dalam hati. Tiba tiba threadless.com buat gila dengan buat promotion semua tshirt berharga $10 sempena ulangtahun ke 10. Terus 11helai pakcik borong. 5 helai untuk wife pakcik, dan 6 helai untuk pakcik. Kenapa pakcik lebih satu helai? Sebab pakcik yang bayarkan...Kalau dia bayar mungkin dia 10 helai dan pakcik sehelai saja. Hihihi

Untuk first order, design t-shirt seperti gambar rajah dibawah menjadi favourite kegemaran pakcik. Glow in the dark you! Sungguh membantu pakcik daripada di langgar kereta dan menakutkan kucing bila berada di tempat gelap. Serius rasa macam ada kryptonite melekat kat dada pakcik nih. Sedikit hidung kembang pon ada bila berjalan.



Dapat jer produk Threadless.com dalam kotak yang sungguh menarik, pakcik tenung produk mereka. Memang puas hati. Berbaloi baloi mcm Amy Google Search. Untuk second dengan third order, pakcik order untuk ambil peluang menunaikan voucher daripada mereka.

Yang menarik pasal Threadless.com nih, ambik gambar kamu memakai t-shirt mereka dan submit ke website mereka, kamu akan dapat point bernilai $1.50. Dan kalau gambar kamu cun, senang senang dia munculkan sebagai profile picture dan memberi kamu point bernilai $15. Mudah kan?

Kalau rasa tamak, kamu boleh design tshirt kamu sendiri dan submit design kamu di sini.  Pakcik dah belek ada orang daripada Malaysia yang berjaya design semua benda nih. So jangan conteng dinding dan tandas awam. Curahkan kreativiti kamu kat sini. Dapat jugak duit.


submit d if your idea

Sekarang pakcik menunggu order buat kali ke 4 tiba ke rumah pakcik. T-shirt ni dah lama pakcik target, tapi sold out masa pakcik tengok. Lepas tu pakcik request reprint dan terus dia print semula after few months. Bagussss. Ini diaa...


Di samping tu pakcik juga jatuh cinta dengan design monalisa yang terbaru. So sweet...



BTW sekarang mereka tengah promosi international postage flat rate. Hanya $10. Beli lah baju seberat 20kilo sekalipon, postage dia tetap $10. Memang murah gila. Before this pakcik order 11 helai kena $27 untuk postage. Kemudian dua kali order 7 helai baju, kena postage $21.

Dan sekarang pakcik menawarkan buat kamu di luar sana yang berbakat untuk makeup pakcik seperti gambar di bawah. Tinggalkan no fon rumah anda di ruang comment. TQ!


*why so serius?

Read more...

May 26, 2010

Stethoscopes + Headphones = Stethedphone

Aduhai apelah nasib. 

Apple headset untuk iPhone yang pakcik beli secara online di Apple store Malaysia telah tamat riwayatnya. Masa pakcik sayang iPhone pakcik, pakcik tanpa segan silu melaburkan RM349 untuk menggantikan iPhone standard headset pakcik yang punah dimakan kucing. Yaa.. kucing pakcik suka suki gigit earphone tu masa pakcik dok sedap meeting from home dulu. Nasib baik kucing. Kalau adik pakcik mahu kena tampar sebab apa jadahnya nak gigit earphone pakcik. Hihi

Yang lama rosak tu takpa lah free sebab datang pakej dengan iPhone. Bila yang pakcik beli pakai duit OT pakcik nih, rasa terkuciwa pon ada. Tempat kerja sekarang OT dia punya lah kedekut haji Bakhil. Ada kaa keja 12 jam baru dapat RM150. Tempat lama pakcik bayar RM80 ok untuk keja 4 jam ok! Kalau 12jam dah RM240. Kaya Kaya Kaya... Rasa rindu pon ada dengan tempat keja lama. Huhuhu

Yang terkini rosak alhamdulillah kerana bapak kucing yang ganas a.k.a pakcik sendiri. Dah terpeleot macam gambar rajah di bawah. Pakcik try guna gam uhu untuk sambung balik. Cun! Tapi bila pakcik cucuk dalam iPhone pakcik, boleh pulak menatang besi tu tertinggal dalam earjack iphone. Haru sungguh! 


Bila dah rosak tu pakcik mula lah sana sini surfing untuk cari pengganti baru. Dari brand yang top top macam Sennheiser and Bose hinggalah yang ke cap ayam RM10 punya. Ada yang pakcik suka, tapi duit pulak dah allocate ke benda lain. Ada yang murah, pakcik pulak tak suka. Dilema sungguh!

Kemudian dengan tidak disangka sangka pakcik terjumpa headset seperti gambar rajah di bawah. Colourful! Macam stethoscopes. Pakcik dah chop warna putih.


Pakcik dah berangan dah, kalau pakai mesti hensem macam Jack dari siri favourite pakcik, LOST. Tapi gambar rajah di bawah model dia perempuan. Sori...

Pakcik dah berdoa dah agar harga dia tak mahal atau orang Aloq Staq panggei affordable. Scroll atas bawah baca, rupanya menda nih baru design yang dicipta oleh Antrepo Design IndustryTakdak dalam pasaran lagik.


Uwah! Putus harapan. Usaha pencarian terpaksa diteruskan lagik...

Read more...

May 23, 2010

In Case of Fire, Do Not Use Twitter!

Trend zaman sekarang. Sket2 nak twitter. Sampai nak kena naik sign board.

Pesanan ringkas.


* Apa twitter kamu semua? Tinggalkan di ruang comment untuk pakcik follow. :)

Read more...

May 19, 2010

Soalan pakcik untuk Angkasawan Negara terjawab!

Pakcik ingat lagi masa kerajaan buat open interview untuk mencari angkasawan pertama Malaysia. Ramai kawan-kawan pakcik yang mencuba. Semua semangat nak menjadi angkasawan. Bagus! Tapi pakcik terkecuali sebab pakcik tahu pakcik tak boleh nak pass fitness test untuk lari 4.8km bawah 12 minit (ke 3.6km? Tak ingat :P), Hehehe Jadi pakcik hanya memberikan sokongan moral.


Ada seorang kawan pakcik yang berjaya sampai ke sessi aeroperubatan 1. Tapi gagal atas sebab bila beliau batuk, 'telur' dia tak bergoyang. Hahaha By the way, kawan pakcik ni lelaki. Perempuan mungkin tak wajib jalani ujian nih. Rasanyalah... Ia adalah ujian yang sama perlu dilakukan jika kamu ingin menyertai pasukan keselamatan beruniform especially polis berdasarkan pengalaman kawan 'penyamun' pakcik yang kini selesa di Bukit Aman sebagai SB (Special Branch).

Semenjak Dr Sheikh Muszaphar Shukor berjaya menaiki Soyuz ke angkasa, pakcik belum berkesempatan bertemu dengan Dr SMS kita nih. Pakcik semenjak dulu ingin tahu bagaimana angkasawan membuang air besar dan air kecil di dalam kapal angkasa. Terima kasih buat Nasa dan Youtube yang telah memberikan jawapan di video di bawah. So buat masa sekarang, pakcik kena cari soalan baru untuk angkasawan pertama kita nih...

Read more...

May 11, 2010

Aisya Turn 1

Hehehehe dah sebulan tak tulis. Sedikit pon tiada rasa bersalah. Tapi semalam pakcik termakan lebih gula, so pakcik hyeractive today. Dan pakcik cuba untuk menyalurkan tenaga extra pakcik ke jari jemari comel pakcik memandangkan malam jumaat masih jauh perhitungannya. 

Sempena Mother's Day yang lepas, pakcik dan family tak ketinggalan menyambut secara kecil kecilan  harijadi MIL pakcik, hari ibu dan harijadi anak pakcik yang bertembung di waktu ketika yang sama. Majlis 3in1 lah kiranya. Mudah.com

Pejam celik dah setahun usia anak pakcik tu. Dah semakin bijak dah minah tu. 

Tujuan pakcik buat entry ni sebab nak uploadkan gambar kek majlis tersebut. Kek terpaksa di beli dua biji untuk mengelakkan anak pakcik dan MIL pakcik bergaduh. Hehehe Selain itu, ia sebagai bukti kepada puteri pakcik supaya besar nanti dia tak 'emo' macam pakcik sebab time kecik2 parents tak buat birthday party. :P

Saksikanlah...
Kek MIL


Kek Princess Pakcik

Kesian pakcik tengok kek elmo tu sebab dah cair hasil daripada effect lampu denyar (speedlight) pakcik. Hahaha

Gambar dibawah adalah bukti kebijaksanaan anak pakcik bila dah bertukar 1 tahun.


P/S: Maaflah karangan di atas lintang pukang. Pakcik tak sempat beli pen dan kertas untuk tuliskan isi isi tersurat dan tersirat.

Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP