May 26, 2010

Stethoscopes + Headphones = Stethedphone

Aduhai apelah nasib. 

Apple headset untuk iPhone yang pakcik beli secara online di Apple store Malaysia telah tamat riwayatnya. Masa pakcik sayang iPhone pakcik, pakcik tanpa segan silu melaburkan RM349 untuk menggantikan iPhone standard headset pakcik yang punah dimakan kucing. Yaa.. kucing pakcik suka suki gigit earphone tu masa pakcik dok sedap meeting from home dulu. Nasib baik kucing. Kalau adik pakcik mahu kena tampar sebab apa jadahnya nak gigit earphone pakcik. Hihi

Yang lama rosak tu takpa lah free sebab datang pakej dengan iPhone. Bila yang pakcik beli pakai duit OT pakcik nih, rasa terkuciwa pon ada. Tempat kerja sekarang OT dia punya lah kedekut haji Bakhil. Ada kaa keja 12 jam baru dapat RM150. Tempat lama pakcik bayar RM80 ok untuk keja 4 jam ok! Kalau 12jam dah RM240. Kaya Kaya Kaya... Rasa rindu pon ada dengan tempat keja lama. Huhuhu

Yang terkini rosak alhamdulillah kerana bapak kucing yang ganas a.k.a pakcik sendiri. Dah terpeleot macam gambar rajah di bawah. Pakcik try guna gam uhu untuk sambung balik. Cun! Tapi bila pakcik cucuk dalam iPhone pakcik, boleh pulak menatang besi tu tertinggal dalam earjack iphone. Haru sungguh! 


Bila dah rosak tu pakcik mula lah sana sini surfing untuk cari pengganti baru. Dari brand yang top top macam Sennheiser and Bose hinggalah yang ke cap ayam RM10 punya. Ada yang pakcik suka, tapi duit pulak dah allocate ke benda lain. Ada yang murah, pakcik pulak tak suka. Dilema sungguh!

Kemudian dengan tidak disangka sangka pakcik terjumpa headset seperti gambar rajah di bawah. Colourful! Macam stethoscopes. Pakcik dah chop warna putih.


Pakcik dah berangan dah, kalau pakai mesti hensem macam Jack dari siri favourite pakcik, LOST. Tapi gambar rajah di bawah model dia perempuan. Sori...

Pakcik dah berdoa dah agar harga dia tak mahal atau orang Aloq Staq panggei affordable. Scroll atas bawah baca, rupanya menda nih baru design yang dicipta oleh Antrepo Design IndustryTakdak dalam pasaran lagik.


Uwah! Putus harapan. Usaha pencarian terpaksa diteruskan lagik...

6 memba kita komen:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ May 26, 2010 at 2:24 PM  

ala pakcik~

kalau pakcik pakai mesti jambu~

he he he~

cik selamah kundang May 26, 2010 at 6:38 PM  

smat gak design ni.aku suka pink

JohnJenin May 27, 2010 at 8:15 AM  

Zara,
Jambu orang suka. Especially anak anak ayam :P

Cik Selamah,
Pink memang warna untuk orang yang konfiden.

Faryn,
Mintak dekat boss sendiri.

Joel Chu May 28, 2010 at 1:25 AM  

haha looks cool bro.. go buy~~

Naddy May 29, 2010 at 7:24 PM  

cun aa. nampak pelik.

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP