May 19, 2010

Soalan pakcik untuk Angkasawan Negara terjawab!

Pakcik ingat lagi masa kerajaan buat open interview untuk mencari angkasawan pertama Malaysia. Ramai kawan-kawan pakcik yang mencuba. Semua semangat nak menjadi angkasawan. Bagus! Tapi pakcik terkecuali sebab pakcik tahu pakcik tak boleh nak pass fitness test untuk lari 4.8km bawah 12 minit (ke 3.6km? Tak ingat :P), Hehehe Jadi pakcik hanya memberikan sokongan moral.


Ada seorang kawan pakcik yang berjaya sampai ke sessi aeroperubatan 1. Tapi gagal atas sebab bila beliau batuk, 'telur' dia tak bergoyang. Hahaha By the way, kawan pakcik ni lelaki. Perempuan mungkin tak wajib jalani ujian nih. Rasanyalah... Ia adalah ujian yang sama perlu dilakukan jika kamu ingin menyertai pasukan keselamatan beruniform especially polis berdasarkan pengalaman kawan 'penyamun' pakcik yang kini selesa di Bukit Aman sebagai SB (Special Branch).

Semenjak Dr Sheikh Muszaphar Shukor berjaya menaiki Soyuz ke angkasa, pakcik belum berkesempatan bertemu dengan Dr SMS kita nih. Pakcik semenjak dulu ingin tahu bagaimana angkasawan membuang air besar dan air kecil di dalam kapal angkasa. Terima kasih buat Nasa dan Youtube yang telah memberikan jawapan di video di bawah. So buat masa sekarang, pakcik kena cari soalan baru untuk angkasawan pertama kita nih...

6 memba kita komen:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ May 19, 2010 at 3:01 PM  

hahaha~

aww, janganlah tanya suamiku soalan begitu pakcik~

nanti dia malu~

hehee~

DrSam May 19, 2010 at 5:48 PM  

ingatkan depa pakai pampers pakai-buang aje :)

FARYN May 19, 2010 at 6:00 PM  

sila berusaha lagi daddy! ahahaha

JohnJenin May 19, 2010 at 10:09 PM  

Zara,
Statement berani mati. Terus mengaku suami. Heehe

DrSam,
Saya pon ingat begitu pada mulanya.

Faryn,
chaiyok!

adie May 19, 2010 at 11:07 PM  

kalu diorang buang air kat luar tak bleh ke? hehe

Beh, YC May 24, 2010 at 11:00 PM  

lol, kalau tak "lau sai" ok la...kalau kena cirit birit, habis la nak tunggu strap on and accuracy...lol

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP