Surat Terbuka Untuk David Teoh, KRU dan Dr Rozmey
Sana sini orang dok bercerita pasal Lagenda Budak Setan. Ada yang kata sedih. Ada yang kata best. Ada yang kata tak best. Ada yang kata baik baca novel dia sebab lebih feel. Pakcik tak pegi tengok pon sebab pakcik tak ada tisu. Tambahan pulak pakcik dah janji dengan Bella nak pegi tengok lakonan dia dalam Twillight Eclipse next month.
Spesel buat Lisa Surihati, pakcik mintak maaf kerana tidak pergi menonton. Bukan pakcik tak support filem Melayu, selain itu pakcik sebenarnya sibuk dengan research pakcik untuk mencari rahsia kejayaan filem Hollywood. Macam mana depa boleh kaut billion-billion. Mungkin pakcik juga boleh berkongsi dengan Dr Rozmey yang dok canang sana sini filem "2 Alam" atau dalam bahasa saintifik nya "Amphibian" yang katanya boleh mengaut 20juta. pergh!
Akhirnya pakcik dah menemui jawapan. Research pakcik takdak lah setebal buku 300 muka surat ala ala tesis Host Intrusion Detection System (HIDS) pakcik masa final year kat Unimas dulu. Pakcik dah nicely cilok dan summarize ke dalam satu gambar.
Jawapannya adalah prop. Sila recycle seberapa kali yang mungkin selagi boleh diguna pakai walaupon ia hanyalah sekeping surat khabar. Cuba En. David Teoh bayangkan kena beli paper Utusan Meloya or Hairan Metro setiap kali nk shoot. Dah rugi dua bungkus air sirap tau!
Jadi sila ambik pedoman yer produser produser. Cuma sedekahkan sebungkus air sirap sebagai balasan kepada penemuan pakcik ini...
WTF?!?
6 memba kita komen:
haha semua paper yang sama je. tapi paper berapa sen sangatlah pakcik, takkan buat rugi.
hahaha... hebat jugak hasil kajian pakcik ni. tapi naper aku rasa cam ade guna teknik pertindihan gambar je ni.hehe
hahahahaha..
seyes salute kat pacik..
hahahaha..
paper yek prop yg diulang2...
hebat2..jimat!
ateeka,
berapa sen pon tetap kena jimat sebelum Malaysia bangkrupt 2019.
Penyu,
Ada yang kata photoshopped. Tapi masih belum dapat dibuktikan. Kena tengok balik semua tv series nih untuk bukti.
Riben,
Jangan salut sangat. Pakcik cilok cerita jer. :P
mira,
sikit2 lama2 jadi bukit.
cadangan saya pak cik: kitarsemula pelakon-pelakon untuk projek seterusnya atau buat aja shooting filem seterusnya di set yang sama.
Post a Comment