Dec 10, 2009

Biar Jasa Jadi Kenangan

Rasa macam baru semalam pakcik beramas mesra dengan satu satunya laptop yang pakcik buat macam harta mak bapak pakcik sendiri, tapi sebenarnya kepunyaan kompeni. Lagi seminggu, pakcik akan berpisah dengan lenovo T61 yang setia mengikut pakcik ke sana ke mari.

Terima kasih atas jasa kamu yang membantu pakcik membuat kerja, surf internet, berblogging, bermain game, mengedit gambaq, layan pRawn , layan movie, mendownload segala bentuk jadah dalam internet dan sebagainya. Tidak lupa juga untuk membaca blog kamu kamu semua.


Lebih kurang setahun pakcik menggunakan kamu, tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Pakcik doakan kamu akan mendapat tuan baru yakni perempuan cun yang mempunyai jari jari kecil untuk menekan keyboard dgn lebih perlahan tidak seperti pakcik. Moga kamu didakap, dibawa tidur bersama dan dipeluk erat di dada kerna tuan baru takut kehilangan laptop dan terpaksa mengeluarkan wang RM4000 sebagai denda.

Kamu sesungguhnya bertuah kerana abang kamu IBM T42 (ker T41?) tidak mendapat dedicated entry daripada pakcik.

Biar jasa jadi kenangan. Dan kenangan itu hanya kita berdua yang tahu. Pakcik terpaksa menyuruh abang abang kat pc services menformat kamu agar tiada bahan bukti ditinggalkan hasil kenangan kita berdua. Isk Isk Isk :"(


P/S: Pakcik sedang memikirkan haruskah pakcik mempunyai satu laptop sendiri atau meneruskan kerja kedekut menggunakan laptop kompeni secara maksima.

10 memba kita komen:

adie December 10, 2009 at 2:42 AM  

wah! pakcik dpt laptop baru ek? hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ December 10, 2009 at 3:51 AM  

beli la pakcik~

skang dah murah~

hehehe~

=]

Anonymous,  December 10, 2009 at 5:19 AM  

beli la pakcik. harituh kat pc fair dapat murah jer. pakcik kan kayeee (;

dell punya lawa2 tau.

JohnJenin December 10, 2009 at 6:26 AM  

MrPenyu,
Mungkin ya dan mungkin tidak..hehehe

aminah,
pakcik banyak tanggungan. itu yang kedekut. hahahaha

Zara,
insyaAllah kalau dah sampai seru. beli laptop pon macam cari jodoh jugak.

ateeka,
pakcik tak suka pcfair sbb ramai sgt umat manusia. :P

ouT oF My MinD December 10, 2009 at 8:14 AM  

saya cadang guna je kompeni punya selagi boleh....jimat.....boleh lah pakcik kumpul duit pastu beli adnroid phone idaman pck tuh...

Naddy December 10, 2009 at 7:12 PM  

kalau ekslusip utk kegunaan pakcik, guna aje. tapi kalo kongsi2 sila la beli sendiri. mcm saya kena guna pc kongsi2 mana nak simpan rasie. hihihi.

Jard The Great December 12, 2009 at 6:40 AM  

jimat duit lagi baikkk..... ehehe

JohnJenin December 12, 2009 at 8:08 PM  

TQ semua atas komen. Pakcik buat masa sekarang dengan penuh yakin akan meneruskan aktiviti menggunakan laptop kompeni selepas menyedari roadtax dan insurance kereta bakal mati January 2010. Damn!

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP