Kisah Klasik Untuk Masa Depan
Benar kata orang tua tua, bila kita gembira kita tak sedar betapa pantasnya masa berlalu. Pakcik berkesempatan membuang masa melihat kembali gambar gambar pakcik muda muda dulu sehingga lah sekarang. Tup Tup dah hampir lima tahun rupanya pakcik berkerja di kompeni pakcik semenjak bergraduasi daripada Universiti Malaysia Sarawak yang terchenta. hehehe
Pakcik bermula sebagai seorang intern melakukan latihan industri pada mulanya. Last minute pakcik dapat offer selepas di interview dalam phone 2-3 minggu sebelum latihan industri bermula. Mulanya pakcik bercadang nak buat latihan industri kat Felda jer, tapi sebab kompeni ni offer 800hinggit allowance. Pakcik terima tanpa usul periksa dan banyak soal.
Memang best masa tu. Kalau kamu pergi ke 7 Eleven, mesin cashier yang dok tayang iklan tuh antara hardware yang guna software yang dicreate oleh group nih. Memang powderful...
Lepas lebih lapan bulan menjadi intern, pakcik di offer untuk menjadi Network Software Engineer. Disebabkan pakcik tak de la pandai sangat programming, kerja masa ni amatlah tertekan. Pakcik tak bertahan lama, setahun sahaja pakcik belah sebab banyak sangat relax. Tapi best sebab banyak kaki main bola dan futsal.
Lepas tuh pakcik mengofferkan diri untuk diinterview untuk kerja yang pakcik dok buat sekarang nih. Pejam celik dah 3 tahun dah pakcik dalam team nih. Bermula dengan kawan yang tak berapa ramai sehinggalah menjadi ramai tak terhingga. Dari buat keja secara berhemah, hinggalah membuat keja secara loqlaq sehingga berani memaki hamun sesama sendiri. Muahahaha
Banyak jugak peluang yang pakcik peroleh dari segi meningkatkan ilmu dan berjalan ke negara orang. Sempatlah jugak pakcik memijak negara Amerika, Costa Rica, India dan Singapore Airport.
Kini, dah tiba masanya untuk pakcik mencoba sesuatu yang baru. Pakcik pasti merindui kerja ini, tapi pakcik bawa kisah klasik ini sebagai motivation pakcik untuk meningkat ke satu tahap lagik.
Terima Kasih buat kawan2. Biar jasa jadi kenangan...
12 memba kita komen:
gud luck in your new career and keep in touch...jgn lupa kawan nanti dah kaya kat company baru...:)
see you around...:D
mesti byk pengalamn yg pakcik dpt kn..
boss,
do keep in touch. give me a call whenever you in KL. I am willing to spend whole day to tokkok with you. hehehe
Sharamli,
takdak la sangat. masih byk kena belajaq.
hehehe. capture...asik bergembiraaaa jer tuhh! pacik yg mano satu?
daddy,gaji sure banyak kan? bulan ni no more allowance for u ok...hahaha
patutlah ari tu kena pulangkan laptop, dah dapat keje baru rupanya. walaupun kerjaya pakcik dan bergerak setapak lagi (atau mungkin lebih tapak), blog pakcik ni jgn lah lupa update yer.taknak buat entri,taruk gambar amoi pun ok dah.hik3..
Tijah,
pakcik ada dalam semua gambar tu. kena trace sendirik. ahaks..
Paryn,
hutang elaun kat daddy kamu dah tertunggak bertahun2. lagi mau tarik...
MrPenyu,
blog kena update nak bagi kawan2 pakcik rindu dekat pakcik. muahahaha
ehehe.. bnyk da gi luar negara.. aku bila lagi.. huhu
waaah....pck pun berubah angin cam saya gak. bergumbiralah....
Jard,
peluang akan muncul. bersabarlah noks...
out of my mind,
kebetulan kot. pakcik akan cuba gembirakan diri. ;)
:D
WELKAM TO KEY HELLL!
Post a Comment