Dec 22, 2009

Air Asia - Hot Seat



Baru baru ini pakcik ada duit lebih MYR5, jadi pakcik belilah hot seat yang ditawarkan air asia. Dengan niat pakcik boleh berjalan masuk dulu dengan bergerak perlahan lahan sambil melenggang kangkung sambil diperhatikan orang ramai yang tengah beratur panjang macam nak naik bas bandaran.

Dan dengan nilai MYR5, pakcik tak payah lagi nak berebut rebut. Dapat masuk dulu. Dapat kerusi depan. Dan dapat berambus dulu dari kapal terbang. Pakcik suka.

Tapi satu menda saja pakcik tak puas hati. Hot seat yang dijanjikan tak delah hot sangat pon. Pakcik bayangkan hot seat nih extra special. Paling kuat ada hias riben untuk menunjukkan perbezaan harga yang pakcik bayar. Selain tu, tempat dia tak delah 'hot'. Serius aircond dia sejuk gilo. Mengigil pakcik yang terlupa nak bawa jaket bundle seringgit pakcik.

Tapi ada extra service. Stewardess tu datang cakap.

1. Sila naikkan tempat duduk.
2. Sila buka tingkap.
3. Sila pakai tali pinggang keledar anda.

Gila skema! Masa pakcik berdiri kat pintu bas sekolah dulu pon tak ada orang berani sound. Memang pakcik ingat muka stewardess tu. Jumpa kat bandar siaplah. Muahahaha

P/S: gila nisan tak ada laptop. Tension..

Sent from my iPhone

Read more...

Dec 13, 2009

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Benar kata orang tua tua, bila kita gembira kita tak sedar betapa pantasnya masa berlalu. Pakcik berkesempatan membuang masa melihat kembali gambar gambar pakcik muda muda dulu sehingga lah sekarang. Tup Tup dah hampir lima tahun rupanya pakcik berkerja di kompeni pakcik semenjak bergraduasi daripada Universiti Malaysia Sarawak yang terchenta. hehehe

Pakcik bermula sebagai seorang intern melakukan latihan industri pada mulanya. Last minute pakcik dapat offer selepas di interview dalam phone 2-3 minggu sebelum latihan industri bermula. Mulanya pakcik bercadang nak buat latihan industri kat Felda jer, tapi sebab kompeni ni offer 800hinggit allowance. Pakcik terima tanpa usul periksa dan banyak soal.

Memang best masa tu. Kalau kamu pergi ke 7 Eleven, mesin cashier yang dok tayang iklan tuh antara hardware yang guna software yang dicreate oleh group nih. Memang powderful...

2005- Bergembira di Georgetown

Lepas lebih lapan bulan menjadi intern, pakcik di offer untuk menjadi Network Software Engineer. Disebabkan pakcik tak de la pandai sangat programming, kerja masa ni amatlah tertekan. Pakcik tak bertahan lama, setahun sahaja pakcik belah sebab banyak sangat relax. Tapi best sebab banyak kaki main bola dan futsal. Amoi cun pon ramai jugak :P

2006 - Bergumbira di Golden Sand Beach Resort

Lepas tuh pakcik mengofferkan diri untuk diinterview untuk kerja yang pakcik dok buat sekarang nih. Pejam celik dah 3 tahun dah pakcik dalam team nih. Bermula dengan kawan yang tak berapa ramai sehinggalah menjadi ramai tak terhingga. Dari buat keja secara berhemah, hinggalah membuat keja secara loqlaq sehingga berani memaki hamun sesama sendiri. Muahahaha

Banyak jugak peluang yang pakcik peroleh dari segi meningkatkan ilmu dan berjalan ke negara orang. Sempatlah jugak pakcik memijak negara Amerika, Costa Rica, India dan Singapore Airport.

Kini, dah tiba masanya untuk pakcik mencoba sesuatu yang baru. Pakcik pasti merindui kerja ini, tapi pakcik bawa kisah klasik ini sebagai motivation pakcik untuk meningkat ke satu tahap lagik.

2007 - Bergembira di Costa Rica

2008 - Bergumbira di Sungai Sedim

2009- Bergumbira di bowling session
(Gambar dicilok dari George Yew)

Terima Kasih buat kawan2. Biar jasa jadi kenangan...

Read more...

Dec 12, 2009

I Love Zee Avi

Entry pakcik kali ini dedicated khas untuk gerek sarawak yang baru baru ini dinobatakan album ke 9 terbaik atau lebih glamour dibaca sebagai "The AP ranks top 10 albums of the year"

Pakcik sebelum ini tak adalah ambik port sangat pasai Zee Avi nih. Cuma pakcik suka lagu kantoi yang memang sempoi. Tapi bila pakcik dah dengar whole album beliau dalam ipod pakcik, memang sedap habis walaupon pakcik pakai earphone cap ayam jer.



Buat yang tak tahu, bakat Zee Avi di discover melalui Youtube. So kalau kamu berasa suara kamu sedap dari dia, upload lah ke internet. Kalau tak sedap, uploadlah jugak sebab pakcik masih belum menjumpai pengganti William Hung.

Zee Avi jugak pakcik rasa satu satunya local artis yang lagunya dijual melalui iTunes store. Her first song - Bitter Heart was featured on Youtube front page on the day of her album's release. Kalau kamu tak percaya, head in HERE and see the review of her album. Pasti kembang lubang hidung Zee Avi membacanya.



Tahniah Zee Avi. Suara kamu sungguh delicious. Bila pakcik dengar rasa macam nak makan. Hahahaha Siti Nurhaliza pon tak powderful macam you. You rock girl!

*gerek = awek = kekasih

Read more...

Dec 10, 2009

Biar Jasa Jadi Kenangan

Rasa macam baru semalam pakcik beramas mesra dengan satu satunya laptop yang pakcik buat macam harta mak bapak pakcik sendiri, tapi sebenarnya kepunyaan kompeni. Lagi seminggu, pakcik akan berpisah dengan lenovo T61 yang setia mengikut pakcik ke sana ke mari.

Terima kasih atas jasa kamu yang membantu pakcik membuat kerja, surf internet, berblogging, bermain game, mengedit gambaq, layan pRawn , layan movie, mendownload segala bentuk jadah dalam internet dan sebagainya. Tidak lupa juga untuk membaca blog kamu kamu semua.


Lebih kurang setahun pakcik menggunakan kamu, tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Pakcik doakan kamu akan mendapat tuan baru yakni perempuan cun yang mempunyai jari jari kecil untuk menekan keyboard dgn lebih perlahan tidak seperti pakcik. Moga kamu didakap, dibawa tidur bersama dan dipeluk erat di dada kerna tuan baru takut kehilangan laptop dan terpaksa mengeluarkan wang RM4000 sebagai denda.

Kamu sesungguhnya bertuah kerana abang kamu IBM T42 (ker T41?) tidak mendapat dedicated entry daripada pakcik.

Biar jasa jadi kenangan. Dan kenangan itu hanya kita berdua yang tahu. Pakcik terpaksa menyuruh abang abang kat pc services menformat kamu agar tiada bahan bukti ditinggalkan hasil kenangan kita berdua. Isk Isk Isk :"(


P/S: Pakcik sedang memikirkan haruskah pakcik mempunyai satu laptop sendiri atau meneruskan kerja kedekut menggunakan laptop kompeni secara maksima.

Read more...

Dec 9, 2009

Google Goggles

Semenjak menjadi pengguna tegar iphone semenjak 2nd generation, pakcik memang sangat berpuas hati. Nothing to complaint kata orang putih. Tapi selepas tengok video Google Goggles yang khas untuk Android phone. Pakcik amatlah jeles.

Ntah makhluk dari dunia mana engineer2 google nih. Macam macam informasi yang kita boleh dapat dari sekeping gambaq. Korang layan lah video kat bawah nih tentang kehebatan Google Goggles sementara pakcik bermeditasi untuk memikirkan perlukah pakcik memiliki android phone.

Read more...

Dec 7, 2009

Kasut Bola Lagenda Akhirnya Terjual!

Setelah beberapa minggu pakcik mengiklankan kasut bola lagenda, seorang penjaga gol muda anak Malaysia di akademi bolasepak Machester United telah memiliki kasut bolasepak tersebut. Beliau berazam untuk menebus kekecewaan pasukan bolasepak negara yang semalam tewas di tangan Vietnam.

Pakcik berharap tiada lagi panggilan telefon, sms, serta telegram menanyakan 'best price' untuk kasut ini. Sama sama kita doakan anak muda ini dapat memikat hati pakcik Sir Alex Ferguson.

Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP