Jan 25, 2010

iPad / iSlate coming to Malaysia?


Dalam masa dua hari Apple dijangka akan kembali menggempakkan dunia sebagaimana Steve Jobs berjaya mengubah kehidupan manusia dengan mempunyai ipod dan iphone. Dan invention mereka yang paling terbaru tidaklah diketahui namanya, tetapi diramal akan dipanggil iPad ataupun iSlate.


Pakcik tak sabar untuk mendownload keynote presentation terbaru mereka. Persona Steve Jobs ketika berucap boleh disamakan seperti mendengar Anwar Ibrahim berucap.  Buat yang tak pernah tengok keynote Steve Jobs, pakcik galakkan kamu pergi ke itunes store dan download videocast mereka.

iPad or iSlate digambarkan oleh Apple Insider seperti iPhone yang diletak steroid. Jadi pakcik gambarkan iPad ni sepatutnya lebih canggih dan advance daripada iphone. Skrinnya akan sebesar 10 inches. Kamu boleh lihat gambar dibawah untuk perbezaan saiz diantara iPhone dan iPad. Tapi ini bukanlah gambar rasmi.




iPad or iSlate akan dilancarkan pada 27th January 2010 jam 10 pagi PST bersamaan dengan waktu tido pakcik, Khamis 2 pagi waktu KL. Nanti bangun pagi datang ofis wajib check announcement dari Apple. Hehehehe iPad dan iSlate ditarget sebagai new medium untuk e-reader seperti magazines, newspapers, book. Dan jangan terkejut jika satu hari nanti iPad or iSlate digunakan oleh student student university sebagai pengganti notebook mereka.

Pakcik jangkakan iPad or iSlate tiada masalah untuk dibeli di Malaysia nanti. Beberapa minggu lepas official date release, jom la kita membuat rombongan ke Apple Store dan sama sama meracunkan diri untuk menjahanamkan duit gaji kita setiap bulan lagi. Dan Steve Jobs bagitau pakcik yang iPad or iSlate nih pasti lebih murah daripada USD1000. 





P/S: So kamu tahulah apa dia wishlist pakcik bagi 2010 kalau benda ni jadi kenyataan. Hehehehe

Read more...

Salam Takziah

Takziah diucapkan buat warga dan kerabat negeri Johor atas pemergian Sultan mereka. Dan Sabtu lepas pakcik tak melepaskan peluang melihat siaran langsung istiadat pengkebumian Sultan Johor yang sedikit sebanyak dipengaruhi adat tentera. Isteri pakcik sampai mengamuk ngamuk dekat pakcik, tapi pakcik kebalkan diri dari segalan leteran dan godaan. hehehe


Sepanjang hidup pakcik, kali pertama pakcik melihat pengkebumian secara langsung di kaca tibi adalah pengkebumian Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Time tu negeri Kedah memang sedih sangat2. Walaupon pakcik baru bersekolah rendah dan agak gembira kerana diisytiharkan hari cuti bagi seluruh negeri Kedah.

Masa tu, banyak lah story yang diceritakan mak pakcik kerana beliau kenal rapat dengan cucu kesayangan Tunku Abdul Rahman dan Rumah Merdeka yang kini menjadi Memorial Tunku Abdul Rahman pernah menjadi tempat permainan pakcik suatu masa dahulu. Nanti2lah pakcik cerita pasal menda tuh.

Yang pakcik nak fokuskan adalah Almarhum Sultan Johor pasti berbangga dengan anak dan cucu baginda yang bertungkus lumus menyempurnakan jenazah beliau. Walaupon kaya, tinggi darjat dan mempunyai barisan tentera mereka sendiri, mereka tidak membiarkan orang lain menguruskan jenazah Almarhum Sultan Johor. Pakcik bangga melihat mereka mengangkat beg berisi tanah dan mengisi setiap ruang lahad. Satu sikap yang patut kita semua contohi. Mungkin sebagai tanda kasih sayang mereka kepada ayah dan nenda mereka yang patut kita semua contohi.

Buat yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah. 

P/S: "Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)

Read more...

Jan 21, 2010

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita


Pakcik suka Syarikat Letrik Ming Hin. Tidak hidup dan tidak kuat hisap. Ayat powderful!



Read more...

Jan 18, 2010

Why I Like It Longer



Typical Malaysia. We want it long. Especially the girl. Seriously. Please don’t show me your long face. :P I knew it… hahahah


and why I like it longer? I don’t need it to be longer in term of size. But I will appreciate if I can have it longer in term of times/sessions. Hehehe Imagine having it standby for 600 hours which equivalent for nearly 17days. Plus talktime session for 6 hours nonstop. Wow! Cakap sampai patah pinggang...



The new LG Chocolate simply makes me drool…


Forget about iphone and google phone that comes with conventional LCD technology. This LG Chocolate come in HD (High Definition) LCD that offer the best video and image quality that display true-to-life experience. Tamper with glass so you don't need to worry about scratching your screen and waste your money to buy cheapo screen protector.


LG
Life's Good
Looking Good
Longer Good...


So LG Chocolate will offer you:





- simple and convenient internet environment and supports multi-touch and full webpage display that does not require horizontal scrolling. When holding it horizontally, LG Chocolate has  longer screen compare to iphone and google phone which is 4” in size. But it still manages to be the lightest phone among those three weighting about 129 grams including battery! So memang sesuai untuk orang yang berjari runcing seperti pakcik.





- Just like Outlook Express, Dual Screen UI splits the screen into two and shows email subject and contents in one view. Instead of searching the email subject then open a new window to view contents, subjects and contents can be quickly cross checked simultaneously. Feature yang menarik untuk remaja muda mudi yang email menjadi salah satu medium komunikasi terpenting masa kini.





- The screen can be further adjusted to 2.35:1 cinematic wide view for vivid and realistic video contents play at any time and place. The wide display ratio applied to the camera's viewfinder and photo gallery makes photo taking, image searching more dynamic and enjoyable. So menonton movie secara widescreen memang mengancam kat LG Chocolate yang terbaru nih. Dengan long standby hour, useful sebagai peneman untuk long haul journey.


And all standard specs such as wifi, GPS, 3G, MMS, 5MP camera with flash included. Head HERE to learn more about the phone specs. Letih ler pakcik nak sexplain... Takpon layan official trailer about LG Chocolate LB40 below...











- But one thing that i like the most in the latest 4th series of LG Chocolate are the gesture shortcut. You can access menus by drawing simple icons on a touch pad. You can set up each of your frequently used menu items to be accessed by one of the twelve gesture icons stored in the handset. Jika LG Chocolate ini menjadi milik pakcik, gesture love dah pakcik reservekan untuk isteri tersayang pakcik. Heheheh


And this is why i like it longer... Panjang, Lama, dan Kuat!

















Read more...

Jan 17, 2010

Kisah dalam train ERL di pagi Isnin

Pagi ni first time pakcik pegi keja naik ERL. Punya la perak..ramai sungguh manusia. Kena pulak pakcik naik tren pukul 7stengah. Berdiri pakcik sepanjang perjalanan sambil dihimpit awek awek kiri kanan :) Sampai dah melekat bau perfume pompuan kat pakcik rasanya. Hahahaha


Memula rasa macam menyesal jugak bila masuk tren tak dapat tempat duduk. Bayangkan dengan mengantuk pastu nak kena berdiri 35 minit pulak sementara nak sampai KL Sentral. Azab wehhh. Ditambah pulak dengan sekumpulan group yang tak berapa remaja tak berapa veteran dok bising membincangkan kisah Kris Dayanti nak kahwen dengan Jutawan Timor Leste. Dah puas bergosip cerita pulak pasal nak pergi bershopping ke Bandung. Dan pakcik mengagak topik perbualan hari isnin mestilah berintipati dan berkaitan dengan Indonesia.

Dalam dok asyik pakcik memasang telinga mendengar perbualan orang, tetiba ada buku jatuh kat kaki pakcik. Dikuti dengan nasi himpit dan bekas berisi kuah kacang dalam satu beg plastik. Serius macam dalam filem. Kalau tak filem pon macam drama poyo 'Kau dan Aku' lakonan Aril, Akim dan Mila kat Astro tuh. 



Beginilah lebih kurang cover buku yang jatuh ke kaki pakcik


Pakcik dengan machonya mengutip benda yang disangka buku tetapi rupanya majalah gossip dan terus bagi balik kat awek tuh. Pakcik nampak tali beg plastik yang sarat diisi makanan terputus. Berat agaknya.

Perlahan awek tu mengutip makanan beliau dan pakcik bagi balik majalah. 

Sementara tu jugak tren sampai ke KL Sentral. Damn...Kalau lama sket serius pakcik rasa awek tu akan offer nasi himpit tu kat pakcik. Ala..macam dalam filem tuh.. :P

*perak = takjub

Read more...

Jan 14, 2010

Jangan dengki tengok orang bergaya

Dah 5 hari pakcik kerja. So far ok. Dah berlambak lambak keja pakcik dapat. Nasib la dah ada experience sket, senang la jugak nak catch up. Tapi pakcik malas la nak komen banyak banyak pasal keja. Cita banyak2 pon bukan semua paham. hehehehe


Pakcik cuma nak meluahkan rasa hati yang orang kat sini gaji banyak gila. Seriusly pakcik rasa pakcik demand under market value. Hahaha Tapi bukan pakcik tak bersyukur tau. :P


So far pakcik tak jumpa lagi orang yang drive keta cikai. Team lead pakcik pakai Toyota Caldina. Pastu sorang peer pakcik tu pakai Volvo S40. Tapi bukan yang latest la. 1 atau 2 edition sebelum yang latest nih. Bila pakcik merenung ke luar tingkap. Pakcik dapat nampak Subara Imprezza, Altezza, CRV, Civic. Pergh.. Dasyat dasyat.


Pakcik luahkan kat sini sebagai motivasi kepada diri pakcik untuk berkerja lebih keras supaya lebih sexpert Expert. Jom sambung buat kerja...



Read more...

Jan 13, 2010

iPhone 3Gs vs Google Nexus One

Pakcik stumble upon this two great videos and though of sharing with all of you. These two videos created by TechnoBuffalo side by side comparison between established iPhone 3GS by Apple and the newly Google phone called Nexus One.


 * Pakcik kalau cakap pasal teknologi selalu feeling omputih sebab susah nak translate dalam bahasa Melayu :P


Amaran buat pengguna internet yang mempunyai speed kura kura. First video agak panjang lebih kurang 18minit. TechnoBufallo compare diaorg punya specs, browser, navigation, speed dan camera. 


Korang layan dulu sebelum pakcik bagi pendapat...






Videos provided by TechnoBuffalo


Pakcik personally suka both phones. Each of them ada keistimewaan yang tersendiri. 5MP camera di Google Nexus One amat menarik compare to iPhone 3gs yang hanya 3MP. Begitu jugak dengan navigation oleh Google Nexus One yang datang dengan voice navigation out of the box compare to iPhone yang kamu kena beli application Navigation System untuk dapatkan voice navigation feature.


Tapi on the other hand, iPhone ada hampir 100 ribu application di apple store compare to Google market yang baru nak berkembang. Pakcik pasti ramai yang akan stick kepada Apple jika mereka bakal menaiktaraf kamera dan GPS system mereka yang khabarkan bakal dikeluarkan antara April dan May untuk memberi saingan kepada Google.


NotaKaki: Pakcik dah pergi maxis center semalam. Punyalah banyak masalah nk claim warranty iphone macam Apple tu maxis yang punya. Sighh... Nantilah pakcik bercerita. Mood penceritaan bergantung kepada jawapan yang bakal diberi Maxis hari ini kepada pakcik. Sekian...

Read more...

My Best Fren Pass Away?

Wah...kemalasan nak updet blog melanda disebabkan tragedi buah apple. yer benar benar tragedi buah apple. Boleh masa dok sedap sedap layah Anugerah Juara Lagu (AJL) final, iphone pakcik tetiba restart sendiri dan terus merajuk. 


Asal turn on jer dapat skrin putih. Asal skrin putih jer pakcik turn off. Cubaan merestore telah pakcik lakukan nak dekat 50 kali adalah. FAIL!!


Pakcik nak pegi serbu Maxis Center kat MidValley lepas keja nih. Katanya bukak sampai 10malam. Nasiblah iphone nih dalam warranty lagik. Jadik pakcik akan demand new replacement daripada maxis dan apple walaupun pakcik dah hilangkan warranty card iphone nih. huhuhu


Dah tiga hari pakcik bersedih sebab kehilangan iphone a.k.a best fren pakcik nih. Cepatnya ko meninggal noks... 



Read more...

Jan 7, 2010

Bantuan. Minta Bantuan. Tak Mintak Duit



Please vote untuk kawan pakcik di contest ini. Tapi kena la ada facebook


http://www.facebook.com/photo.php?pid=3759299&id=189481291750






How to vote?
Step 1 Become a fan of PC Guru Malaysia
Step 2 Click on "like" button to vote


Just that easy, and thanks for your support!

Read more...

Malaysian Hackers

Kita selalu kagum dengan hackers omputih. Tambah tambah yang dalam filem. Siap boleh hack satelit apa kejadah semua macam dalam filem favourite pakcik Die Hard 4.

Tapi pakcik rasa rakyat Malaysia patut kenal dengan local hacker yang bernama BrainWash. Antara hacker yang banyak menjahankan website website dan hasil kerja beliau yang terbaru adalah website Mahkamah Malaysia.

Brainwash jugak pernah meng'hack' website website lain seperti menaraKL, UITM, dan paling best beliau pernah hack website cyberxmovie.com yang dok promote hacking di Malaysia ni. Tapi last last dia yang kena hack. Hahahaha

Pakcik sememangnya tak berapa setuju dengan tindakan BrainWash. Tapi Encik BrainWash jangan ler hack website pakcik pulok. Hehehehe Tapi BrainWash sepatutnya menyedarkan admin admin dan konon konon nya pakar IT tentang berapa pentingnya security dalam dunia masa kini.



Nota Buku Lali: Pakcik bercadang nak jual final year project pakcik yang bertajuk host based intrusion detection system (HIDS) kat Mahkamah Malaysia. Agak agak berapa boleh jual dan mampukah dia menahan asakan En. BrainWash? Hehehehe

Read more...

Pengumuman

Pakcik dalam proses menukar hakmilik blog ini daripada JohnJenin kepada Koozy atas nasihat pakar Feng Shui pakcik. Semua sila redha dan jangan tanya sebarang soalan.


Pakcik bercadang nak berhijrah ke workspace baru. Dan biarlah Koozy sahaja yang menyambung watak pakcik dalam blog ini.

Sekian.

Read more...

Jan 6, 2010

Google Nexus One

Wah..cepat sungguh masa berlalu. Kita dah di alam 2010 dah. 


Next week pakcik dah start masuk keja balik selepas bersuka ria cuti selama sebulan. Cuti sememangnya syok selama sebulan. Tapi takdak laptop dengan internet selama sebulan memang parah. Hahahaha Nasib la ada iphone cinonet tu untuk online sket sket baca gossip. 

Pakcik try dua kali jer nak update blog nih guna iphone. Langsung tak dak feel main touch screen nih. Harap gempak ajer lebih ada signature "sent by iphone" keluar kat blog. Hahahaha

Pakcik ada manyak menda nak cerita pada kawan kawan dunia atas talian (online) nih. Tapi pelan pelan la kayuh. Pakcik warm up dulu update slow slow sebelum boleh nak boh full throttle.

Ini isi penting a.k.a utama...

Pakcik pegi website nih tadik.


Bagi manusia manusia yang gila gadget, yang stailo, yang duit banyak nak perabih, pasti dah tahu sedikit sebanyak tentang handphone terbaru keluaran Goggle yang diberi nama Google Nexus One. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, pi la usha link kat atas nih. Sungguh interaktif. Tak payah nak load video nak tengok orang display...

Pakcik ada pesanan.

Buat CEO Celcom, Dato' Seri Mohammed Shazalli Ramly. Inilah masanya untuk hampa bid untuk bawak mai phone ni ke Malaysia untuk melawan Maxis yang menjadi solely distributor di Malaysia. Dengan harga USD529 tanpa kontrak yakni lebih kurang MYR1790, pakcik pasti Google phone pasti menjadi pilihan yang lebih murah buat penggemar Blackberry dan iPhone.

Buat masa kini Google Nexus One hanya boleh didapati di Amerika. Pakcik sedang berkira kira untuk mencari 'mangsa' kot kot ada sesapa yang nak fly ke Amerika dalam masa terdekat. Nak jugak kirim menda ni sejibik.

Nota Buku Lali: Amoi HR tetiba mintak no passport pakcik sebelum pakcik masuk kerja Isnin. Adakah pakcik bakal dihantar ke Amerika untuk membeli Google Phone atau sekadar pemeriksaan pakcik bukanlah seorang terrorist. Muahaha




Read more...

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP