Jan 25, 2010

iPad / iSlate coming to Malaysia?


Dalam masa dua hari Apple dijangka akan kembali menggempakkan dunia sebagaimana Steve Jobs berjaya mengubah kehidupan manusia dengan mempunyai ipod dan iphone. Dan invention mereka yang paling terbaru tidaklah diketahui namanya, tetapi diramal akan dipanggil iPad ataupun iSlate.


Pakcik tak sabar untuk mendownload keynote presentation terbaru mereka. Persona Steve Jobs ketika berucap boleh disamakan seperti mendengar Anwar Ibrahim berucap.  Buat yang tak pernah tengok keynote Steve Jobs, pakcik galakkan kamu pergi ke itunes store dan download videocast mereka.

iPad or iSlate digambarkan oleh Apple Insider seperti iPhone yang diletak steroid. Jadi pakcik gambarkan iPad ni sepatutnya lebih canggih dan advance daripada iphone. Skrinnya akan sebesar 10 inches. Kamu boleh lihat gambar dibawah untuk perbezaan saiz diantara iPhone dan iPad. Tapi ini bukanlah gambar rasmi.




iPad or iSlate akan dilancarkan pada 27th January 2010 jam 10 pagi PST bersamaan dengan waktu tido pakcik, Khamis 2 pagi waktu KL. Nanti bangun pagi datang ofis wajib check announcement dari Apple. Hehehehe iPad dan iSlate ditarget sebagai new medium untuk e-reader seperti magazines, newspapers, book. Dan jangan terkejut jika satu hari nanti iPad or iSlate digunakan oleh student student university sebagai pengganti notebook mereka.

Pakcik jangkakan iPad or iSlate tiada masalah untuk dibeli di Malaysia nanti. Beberapa minggu lepas official date release, jom la kita membuat rombongan ke Apple Store dan sama sama meracunkan diri untuk menjahanamkan duit gaji kita setiap bulan lagi. Dan Steve Jobs bagitau pakcik yang iPad or iSlate nih pasti lebih murah daripada USD1000. 





P/S: So kamu tahulah apa dia wishlist pakcik bagi 2010 kalau benda ni jadi kenyataan. Hehehehe

9 memba kita komen:

sharamli January 25, 2010 at 8:36 PM  

pakcik..da xde duit nak dijahanamkan..

s0b3

JohnJenin January 25, 2010 at 10:34 PM  

sharamli,
tak pa. dun wori. jom join pakcik appreciate teknologi jer. tak wajib beli. hehehe

January 26, 2010 at 1:00 AM  

pakcik...

saya nak 1 leh? hehehhehe

PurPLe LaDy AiFA January 26, 2010 at 1:03 AM  

mnarik.. seriously akan ada? ape je die nye application ek?

JohnJenin January 26, 2010 at 1:05 AM  

yanie putrajaya,
Boleh. Mintak dekat abang yang keja kat Apple Store.

Cik Purple,
Dirumourskan semua app dekat app store boleh diguna untuk iPad/iSlate nih. Tapi target diaorg sebagai medium baru untuk e-readers.

DrSam February 1, 2010 at 8:34 AM  

kalau teknologi dicampurkan dengan steroid, hyper jadinya kita pakcik!

Top Commentators of The Month

Get this widget here

Back to TOP