Salam Takziah
Takziah diucapkan buat warga dan kerabat negeri Johor atas pemergian Sultan mereka. Dan Sabtu lepas pakcik tak melepaskan peluang melihat siaran langsung istiadat pengkebumian Sultan Johor yang sedikit sebanyak dipengaruhi adat tentera. Isteri pakcik sampai mengamuk ngamuk dekat pakcik, tapi pakcik kebalkan diri dari segalan leteran dan godaan. hehehe
Sepanjang hidup pakcik, kali pertama pakcik melihat pengkebumian secara langsung di kaca tibi adalah pengkebumian Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Time tu negeri Kedah memang sedih sangat2. Walaupon pakcik baru bersekolah rendah dan agak gembira kerana diisytiharkan hari cuti bagi seluruh negeri Kedah.
Masa tu, banyak lah story yang diceritakan mak pakcik kerana beliau kenal rapat dengan cucu kesayangan Tunku Abdul Rahman dan Rumah Merdeka yang kini menjadi Memorial Tunku Abdul Rahman pernah menjadi tempat permainan pakcik suatu masa dahulu. Nanti2lah pakcik cerita pasal menda tuh.
Yang pakcik nak fokuskan adalah Almarhum Sultan Johor pasti berbangga dengan anak dan cucu baginda yang bertungkus lumus menyempurnakan jenazah beliau. Walaupon kaya, tinggi darjat dan mempunyai barisan tentera mereka sendiri, mereka tidak membiarkan orang lain menguruskan jenazah Almarhum Sultan Johor. Pakcik bangga melihat mereka mengangkat beg berisi tanah dan mengisi setiap ruang lahad. Satu sikap yang patut kita semua contohi. Mungkin sebagai tanda kasih sayang mereka kepada ayah dan nenda mereka yang patut kita semua contohi.
Buat yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah.
P/S: "Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)
4 memba kita komen:
adlh better if kite sebgai ank yang menyempurnakan upacara pengkebumian sebagai satu tanggjungjawab terakhir secara fizikal terhdp ibu bapa selain sedekahkn yasin.fatihah dan doa terhadap mereka
betul tu daddy..kalau tgk raja2 lain yg mangkat,yg buat tu sumenya org lain...haishhh
btl2!!
klu anak2 yg sempurnakan pergebumian ibubapa kire mcm lebh afdal..at least hanya curahkan air ketika mandi pon xpe..
Aminah,
Good. Bangga pakcik dengan kamu. ;)
Paryn,
Ya benar.
Wanie-San,
Yer. Semua orang wajib buat keja sorang sket sebgai tanda kasih dan sayang.
Post a Comment