Mar 29, 2010
Mar 18, 2010
Kenali Musuh Anda
Boleh tak kamu bayangkan pekerja Intel menggunakan AMD based laptop sebagai diaorg punya workstation? HP employee menggunakan Dell server untuk diaorang punya data center dan pak guard Coca Cola meminum air Pepsi di office. Pelik kan?
But this is happen for real in Microsoft where one of their employee caught using iPhone to take their CEO picture, Encik Steve Ballmer. Hahaha Apa punya lawak nih. Pakcik terbaca dekat The Wall Street Journal tadik (fuiyohhhh!).
The perils of being an iPhone user at Microsoft were on display last September. At an all- company meeting in a Seattle sports stadium, one hapless employee used his iPhone to snap photos of Microsoft Chief Executive Steve Ballmer. Mr. Ballmer snatched the iPhone out of the employee's hands, placed it on the ground and pretended to stomp on it in front of thousands of Microsoft workers, according to people present. Mr. Ballmer uses phones from different manufacturers that run on Microsoft's mobile phone software
Memang tak patut sebab Microsoft tengah gigih nak release Windows 7 phone based OS untuk bersaing dengan iPhone dan Android. Dan khabarnya lebih 10% of Microsoft employees menggunakan iPhone untuk membaca email ofis mereka. Hahahaha
Nasihat untuk diri sendiri, kenali siapakah rival untuk kompeni kamu walaupon iPhone tu memang best giler babeng daripada Windows 7 Phone yang tak boleh copy paster ittew. Hahahaha Read more...
Mar 17, 2010
Hidup mesti berkawan
Di tempat kerja baru, perkara yang penting adalah untuk mempunyai kawan. Dan pakcik berusaha dengan secara bersungguh sungguh untuk mempunyai ramai kawan. Tidak perlu memakai skirt pendek. Tidak perlu memakai purdah. Tak perlu berketayap bersongkok. Tidak perlu memakai topi cowboy. Asalkan mahu berkawan sudah. At least kalau pakcik terserempak benda bukan bukan berdasarkan kisah ini, pakcik ada kawan untuk diminta tolong.
Marilah kita sediakan kawan sebelum terjumpa hantu.
Diatas dasar membina persahabatan, pakcik dengan rela hati membantu membungkus makanan buat seorang awek Punjabi dan awek India walaupon menapau makanan bukanlah hobi dan kegemaran pakcik. Semuanya sebab kawan. Hari ini pakcik tapaukan makanan untuk mereka, mana satu hari mereka pula menjemput pakcik untuk makan tengahari bersama mereka.
Dan pergilah pakcik ke kedai makanan terbaik di daerah Dengkil mencari nasi goreng udang dan nasi goreng kampong permintaan mereka. Sebelum pakcik tapau, pakcik pekena tom yam campur terbaek + telur dadar + nasi putih + Nescafe o ais. Mantop! Lepas bayar apa semua, pulanglah pakcik ke ofis dengan harapan usaha gigih pakcik mengembirakan kawan kawan baru pakcik.
Tapi sayang seribu kali sayang, makanan dibeli tertinggal di kaunter. Last last pakcik terpaksa kuar duit poket bayar ganti rugi. Adei… Read more...
Namewee – Attention Whore?
http://www.malaysiakini.com/news/126752
Head in to the above link if u want to have better understanding on what the heck pakcik going to ber’letiaq’ today. Tetapi pakcik yakin, anak anak Malaysia yang bijak internet telahpon tahu tentang percubaan Namawee untuk mendapatkan dana pembangunan kreatif yang diumumkan pada sidang budget lalu untuk tahun 2010.
Pakcik tetiba rasa something is not right. Namewee berkokok sana sini untuk mendapatkan dana 200 juta yang ada dalam dana pembangunan kreatif tetapi dia masih belum membuat permohonan? Atau industry hiburan nih memang jenih buat skrip pastu panggil sidang media sebagai permohonan tidak rasmi? Kot ada proven record yang filem dia best tak pa la jugak.
Yang paling best ugutan secara professional
"Kebanyakan daripada kawan-kawan penerbit filem (berbangsa) Cina memberitahu saya bahawa saya tidak akan mendapat sokongan kewangan itu”
Mau tak mau. Gov kena bagi jugak duit tu untuk dia. Kalau tak gov akan nampak racist dan popularity beliau semakin meningkat especially bagi kaum Cina. Hebat!
Pakcik hairan bin ajaib, macam mana orang yang pernah kontroversi dengan lagu Negarakuku dengan mengutuk kerajaan dan menghina komuniti Islam bercita cita untuk menghasilkan filem 1Malaysia. Sempoi hang kutuk kerajaan itu ini, last last ang nak mintak duit daripada kerajaan. Hahahaha Macam hang dok maki mencarut dekat mak bapak ang, tapi time nak pi sekolah mintak duit belanja kat depa. Hahahaha
Bebudak muda sekarang memang suka kepada seorang yang lantang. Yang berani bersuara. Tetapi bukan kelantangan dan keberanian jenis Namewee yang kita perlukan. Sampai hal sensitif apa pon tak reti nak pikiaq.
Lebih baik dana tu pergi kepada pembikin pembikin filem 15Malaysia. At least diaorg penah buat short filem daripada Namawee yang lakonan dia tak seberapa dalam ‘Potong Saga’. Baik Khairy Jamaluddin lagi baguih dok ada. Siap overshadow ang lagi dalam short film ‘Meter’.
Dengan sini pakcik menyeru kepada Tenaga Nasional Berhad supaya memotong bekalan elektrik rumah Namewee dan ketika beliau sedang berangan-angan yang dia buat filem best. Pastu rakam reaksi dia. Kasi upload sama itu YouTube. Baru revenge! (kan dia pernah buat video kutuk TNB) Hahahaha
Sekian berletiaq… Read more...
Mar 12, 2010
Rempit V3: Samseng Jalanan Terbaek!
Semalam tak de keja. Pakcik telah melabur MYR11 untuk menonton Rempit V3: Samseng Jalanan di show pertama jam 12:15 tengah hari di GSC. Boleh tahan ramai. Sedikit sebanyak mengimbau kenangan kenangan zaman pakcik merempit dahulu.
Lebih lebih lagi Farid Kamil menggunakan Alor Setar sebagai sebahagian daripada lokasi penggambaran. Bangga cek!
V3: Samseng Jalanan lebih kepada filem aksi berbanding filem KL Menjerit dan Remp-It yang banyak bab cintan cintun tapi tetap among my favourite local movies. Pakcik puji lah arahan filem sulung Farid Kamil nih. Scene accident depan masjid Zahir mat rempit dilanggar lori memang ganas gile. Masih terbayang dalam kepala otak pakcik is perut dan otak yang terburai. Memang reeeaal!
Tapi scene lari roadblock sedikit kurang mantop. Di dunia nyata, jangan haraplah nak u turn depan polis mcm tuh. Pakcik gerenti batang kayu tak pon kon jalan raya bakal di'tenggalong' / dilempaq / dilontaq oleh abang abang trafik kita.
Permulaan cerita dipenuhi aksi langgar melanggar, jatuh menjatuh dan guling menguling. Lepas setengah jalan,banyak kepada aksi pertarungan / bertumbuk / bertendang di antara Garing dan Rudy.
Jalan cerita bagi pakcik ok. Tapi agak kurang relavan bila Garing bersungguh nak ajak Rudy race yang kononnya menjadi tontonan seluruh dunia melalui internet. Padahal takde lah glamour mana Rudy masa tu. Cuma budak kampung (Taman Nuri) yang melarikan diri ke KL dengan memba dia. Pakcik rasa, cerita ini patut diolah dengan memaparkan kehebatan Rudy yang sampai satu tahap menjadi idola mat rempit dan di target oleh Garing untuk berlumba dengan dia. Pendapat pakcik lah.
Pakcik malas lah nak cerita spoiler banyak banyak. Hampa pi layan dulu kat panggung. Rugi sapa tak pi tengok. Akasha slamber jer tarik spenda pompuan bagi Farid Kamil cium. Memang A lah!
* Tahniah jugak buat geng DKMC (Dato' Kumbar Motor Club) yang naik nama dalam filem Rempit V3. Ikhlas daripada Ah Heng Jitra, Lan Jalan Kuala, dan Ravi Aloq Setaq. Habis 1Malaysia geng rempit dulu2. Hahahaha
Mar 10, 2010
Boleh U Turn? Perdana Menteri Nak Lalu
Semalam pakcik pergi ke Traders Hotel kat Aquria KLCC tuh. One of my favourite hotel besides Marriot Costa Rica dengan Leela Palace kat Bangalore.
Lepas calling calling orang yang perlu dijemput kat Traders tuh, pakcik pon park la kete tepi jalan sambil menunggu. Sambil tu usyar usyar dua bijik Ferrari kaler merah dan kuning parking betul betul depan pintu lobby. Sambil sambil tu ada sepasang couple dok sibok sibok nak ambik gambar macam Ferrari tu diaorang yang punya. Haahaha
Pastu datang seorang mamat smart dengan baju kot pelbagai mintak pakcik turunkan tingkap kereta.
"Sir, can you park your car on the other side"
"Just give me 2 minutes. My friend on his way coming down" balas pakcik
"No, you need to move your car now. Prime Minister will be here in any minutes"
Pakcik pon terus naik tingkap dan buat u turn dan sambil tu kawan pakcik pon sampai.
Dia tak tahu yang pakcik kena ambik Chief Minister of Penang. Turun bergaya dengan Goboda Bag. Pakcik yakin dia lah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai latest Goboda Bag. Memang cun bag tuh. Apa kelas LV Gucci aper. Hahahaha
Pakcik bawah CM Penang pekena Satay Station kat Kampung Pandan. Memang mantop satay dia. Terima kasih CM Penang sebab belanja pakcik. Next time turun KL sila lah belanja lagi. As usual pakcik akan bawa kamu ronda ronda KL tengok highway dan lampu. Hahahaha
*Harap je bawak 5dMarkII dengan L lens pelbagai. Haram satu gambar sate pon tak amik. Lapa gamaknya :P
I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair
- KL Sentral ke Imbi Station.
- Imbi Station betui betui depan Berjaya Time Square.
- Perjalanan: 6 menet.
- Putra LRT ke Masjid Jamek
- Tukar ke Star LRT kat Masjid Jamek.
- Berhenti di Station Hang Tuah
- Perjalanan: 10 menet
- 15menet dari KL Sentral
- 30menet dari KLIA
- Parking bercambah sampai 4500 lot kat Berjaya Times Square
Mar 9, 2010
My New Workplace
Kurang daripada dua bulan, pakcik berpindah lagi. Jodoh tak panjang. Mungkin sesetengah daripada kamu telah tahu.
Ye pakcik di bangunan Motorola sekarang. Pakcik menjangkakan kerja awal pakcik di bangunan Motorola akan lebih terarah kepada motosikal. Kalau tak dapat design full moto, dapat design tongkat moto pon jadilah. Tetapi rupanya silap, haram tak dak kena mengena dengan motosikal langsung. Cess...
Yang best kerja kat sini adalah suasana dia yang aman damai. Nak jumpa manusia kat luar bangunan memanglah susah. Asyik asyik muka pak guard. Tak muka pak guard, muka pakcik. Sekali sekala pakcik senyum lah jugak dekat pak guard manalah tahu diaorg menggunakan budi bicara untuk tidak meng'clamp' kereta pakcik yang suka suki parking sana sini ala penang style.
Tapi tadi pakcik dapat berita tak best. Pakcik terdengar kat building pakcik kerja sekarang nih ada orang bunuh diri dulu. Adoi.. tak dapat pakcik bayangkan kalau kena kerja sampai waktu malam. Pakcik try la google jugak berita pasal kejadian orang bunuh diri nih, tapi tak dapat info langsung. Yang pakcik jumpa, berita pembuangan pekerja Motorola di Cyberjaya nih. Hahahaha
Kepada sesiapa di luar sana yang tahu kisah sebenar disebalik kes bunuh diri nih. Sila lah maklumkan pakcik. Nanti pakcik belanja minum teh tarik kurang manis satu. Oklah, pakcik balik dulu. Dah 6:30 petang. Baik pakcik gerak before maghrib. Adios Read more...