Semenjak tiga bulan lepas, dah empat kali pakcik order tshirt online. Pakcik sekrang obsess dengan website nih. Tiap tiap minggu dia hantar promotional email kat pakcik dengan harapan pakcik teracun dengan design mereka yang cun cun.
Pertemuan pakcik dengan threadless.com memang tidak disengajakan. Memula layan design dia yang cantek-cantek, tapi tak berani nak beli lagi sebab berasa mahal. Just simpan dalam hati. Tiba tiba threadless.com buat gila dengan buat promotion semua tshirt berharga $10 sempena ulangtahun ke 10. Terus 11helai pakcik borong. 5 helai untuk wife pakcik, dan 6 helai untuk pakcik. Kenapa pakcik lebih satu helai? Sebab pakcik yang bayarkan...Kalau dia bayar mungkin dia 10 helai dan pakcik sehelai saja. Hihihi
Untuk first order, design t-shirt seperti gambar rajah dibawah menjadi favourite kegemaran pakcik. Glow in the dark you! Sungguh membantu pakcik daripada di langgar kereta dan menakutkan kucing bila berada di tempat gelap. Serius rasa macam ada kryptonite melekat kat dada pakcik nih. Sedikit hidung kembang pon ada bila berjalan.
Dapat jer produk Threadless.com dalam kotak yang sungguh menarik, pakcik tenung produk mereka. Memang puas hati. Berbaloi baloi mcm Amy Google Search. Untuk second dengan third order, pakcik order untuk ambil peluang menunaikan voucher daripada mereka.
Yang menarik pasal Threadless.com nih, ambik gambar kamu memakai t-shirt mereka dan submit ke website mereka, kamu akan dapat point bernilai $1.50. Dan kalau gambar kamu cun, senang senang dia munculkan sebagai profile picture dan memberi kamu point bernilai $15. Mudah kan?
Kalau rasa tamak, kamu boleh design tshirt kamu sendiri dan submit design kamu di
sini. Pakcik dah belek ada orang daripada Malaysia yang berjaya design semua benda nih. So jangan conteng dinding dan tandas awam. Curahkan kreativiti kamu kat sini. Dapat jugak duit.
Sekarang pakcik menunggu order buat kali ke 4 tiba ke rumah pakcik. T-shirt ni dah lama pakcik target, tapi sold out masa pakcik tengok. Lepas tu pakcik request reprint dan terus dia print semula after few months. Bagussss. Ini diaa...
Di samping tu pakcik juga jatuh cinta dengan design monalisa yang terbaru. So sweet...
BTW sekarang mereka tengah promosi international postage flat rate. Hanya $10. Beli lah baju seberat 20kilo sekalipon, postage dia tetap $10. Memang murah gila. Before this pakcik order 11 helai kena $27 untuk postage. Kemudian dua kali order 7 helai baju, kena postage $21.
Dan sekarang pakcik menawarkan buat kamu di luar sana yang berbakat untuk makeup pakcik seperti gambar di bawah. Tinggalkan no fon rumah anda di ruang comment. TQ!
*why so serius?
Read more...